Untuk resepi ni, Ms Hoola ade menerima tetamu dirumah pada hari Ahad
lepas. So, Ms Hoola bercadang nak masak lauk simple aje. Jadi adik mencadangkan
masak fucuk & soh hoon ni.
Tak ade yang susahnya nak masak lauk ni, 10 minit dah selesai.
Tapi lauk macam ni sesuai makan dengan sambal atau berlada. Jadi Ms
Hoola jodohkan dengan sambal ikan bilis Ms Hoola. (Resepi boleh dilihat dalam
posting yang lepas)
Bila dah makan, memang terangkat sambal menjilat jari. Kebetulan memang
makanan kegemaran tetamu istimewa kami.
Apa bahan bahan yang buatkan rasa masakan ni terangkat (ade KICK)? Haaa
moh la kittew tengok, ape bahan2 nya.
1. Fucuk & Soh Hoon 1 packet setiap satu – Rendamkan dahulu supaya ia
lembut dan mudah dicarikkan/digunting, untuk memudahkan ketika makan.
2. Santan 1 kotak kecil – Tambah kan air, lebih sikit pon tak pe, sebab fucuk & suhun ni serap air yang akan membuat kan masakan ni pekat.
3. Telor 4/5 biji
4. Cili/lada besar 1 – Diricih
5. Bawang Merah & Bawang Putih 3 ulas setiap satu- Diricih
6. Udang kering satu sudu besar rata - Ikan bilis pon boleh, tapi lagi KICK kalau letak udang kering
7. Asam keping 2 – Untuk menambahkan sedikit rasa masam
8. Daun kunyit – Dicarik carik, Untuk bau dan menambah rasa
9. Garam – secukup rasa
Cara membuatnya:
Satukan semua bahan di dalam periuk yang sedang kecuali fucuk & soh hoon,telor dan cili/lada besar. Bila nampak menggelegak sedikit (simmer), masukkan fucuk & soh hoon, biarkan 2 minit.
Masukkan telor dan lada besar dan biarkan 5 minit.
Letakkan garam secukup rasa.
Siap dan boleh la dihidang.

Tips:
Garam seelokknya dimasukkan setelah selesai masak, kerana Ms Hoola tak
mahu telor dan fucuk & soh hoon menyerap garam pada awal. Ini menyebabkan
kuah jadi rasa hambar dan tidak cukup rasa.
Ms Hoola nak jemput anda semua untuk lawati laman IG busylifekitchen untuk macam2 gambar dan video resepi yang Ms Hoola kongsikan. Please come and say hi.. :)
Jumpa anda disana..!!
Ms Hoola nak jemput anda semua untuk lawati laman IG busylifekitchen untuk macam2 gambar dan video resepi yang Ms Hoola kongsikan. Please come and say hi.. :)
Jumpa anda disana..!!
Comments
Post a Comment