Ahaaa.... Kenapa Ms Hoola cakap tak pedas dan cara masaknya cara lama? Siapa tahu?? haha... Sebab kebiasaannya sekarang, menu masak kicap mesti ade cili boh untuk tambah pedas. Jadi resepi yang saya nak sharekan ni, tak ade cili boh. Memang masak betul2 kicap dan sudah tentu ada bahan lain lagi la.
Menu ni saya ingat masa saya zaman sekolah dulu, mak akan masak cara ini. Sebab kita budak lagi, tak suka sangat pedas2 ni. Jadi, kepada sesiapa yang ada anak kecil atau ahli keluarga yang tak makan pedas, masakan ini la yang sesuai.
Ade sesetengah cara memasak, mereka akan menggoreng ayamnya dahulu. Tapi cara saya ni, tidak perlu. Mudah dan cepat. Kita dapat menikmati rasa original bahan terutama kicap, meresap masuk ke dalam ayam kita tu.
Okay, jom kita tengok kat dapur kita, bahan2 nya.
1. Ayam segar (5-6 ketul, bersaiz sederhana)
2. Bawang merah & putih masing2 3 ulas (ditumbuk halus)
3. Halia 1 inch (separuh ditumbuk halus & separuh lagi dihiris)
4. Kicap lemak manis (Brand ikut suka la, asal sedap)
5. Sos tiram 1-2 sdb
6. Bawang besar (dipotong labu)
7. Lada besar (dihiris - tak pedas pon)
8. Cili api tak perlu potong (untuk dibuat hiasan, tak nak pon tak pe)
Cara-caranya:
- Panaskan minyak, dan masukkan bahan tumbuk iaitu bawang dan halia.
- Gaul rata hingga naik bau dan sedikit garing.
- Masukkan kicap lemak manis dan sos tiram. Sukatan kicap nya ikut nak kuah banyak mana.
- Setelah mendidih, masukkan ayam segar dan biarkan hingga masak.
- Garam secukup rasa.
- Dan masukkan sekali bawang besar, lada, cili api dan halia yang dihiris. Tak perlu hingga layu 2/3 kali balik balikkan dah boleh tutup api.
- Gaulkan rata dang hidang.
Lauk ni cukup makan dengan nasi. Tak perlu lauk lain untuk dijodohkan. Jadi untuk para sahabat sekalian boleh cepat rehat kan. Sesiapa nak, haa amik sendiri kat dapur tu.
Ms Hoola harap dapat bagi idea dan perbaiki resepi mengikut kesukaan anda semua.
Semoga jumpa lagi!
XOXOXO
Comments
Post a Comment