Kebiasaannye masa dulu-dulu, kek buah ni orang
buat masa musim perayaan. Ingat lagi, Mak Lang kita yang paling pandai
buat. Katanye susah nak buat kek buah ni
sebab tu, hanye Mak Lang sorang yang pandai buat.
Hari ni, bila bila pon boleh dapat makan kek
ni. Saya bukan fan of this cake. Tapi kekadang kalau lapar, masuk jugak. Sedap
je rasanyer.
Bila dok baring-baring ni, kononnya nak tengok
la kalau-kalau nak buat kek buah ni senang.
So, saya dapat 1 resipi ditambah dengan sedikit
bahan yang saya suka nak tambah. Biasanya saya tambah ikut tekak saya dan ikut
cantik dimata saya.
Okay, jom kita mulakan dengan bahan caca merbah
dia:
Bahan kering
- Gula perang 1 cawan
- Raisin 1 cawan (1/2 cawan raisin hitam, 1/2 cawan raisin kuning) – Resipi asal 2 cawan, tapi saya kurang kan sebab saya tambah bahan kacang hazel & cherry/lobak
- Serbuk kayu manis (Ground Cinnamon) 1 sudu kecil
- Serbuk buah pala (Ground Nutmeg) 1 sudu kecil – Kat dapur saya ade nutmeg. Resipi asal ½ sudu kecil serbuk cengkih (Ground clove)
- Serbuk halia (Ground Ginger) 1 sudu kecil
- Garam halus ½ sudu kecil
- Tepung serbaguna 1 ½ cawan
- Baking soda 1 sudu kecil
- Kacang Hazel ½ cawan potong kecil2 – saya tambah sebab saya suka texture dan rasanya
- Cherry merah kering/ lobak hijau kering - sukatan ikut suka hati – saya tambah sebab nak nampak cantik dengan tambah warna
Bahan basah
- 2 biji telur
- Vanilla extract 1 sudu kecil
- Butter ¼ cup potong dadu
- Air 1 cawan
Sekarang cara dan petua membuat kek buah ni:
Jangan lupa panaskan oven selama 25 minit pada
suhu 150 darjah celsius.
Sediakan periuk yang sedang-sedang aja…
masukkan bahan 1 – 6 dan tambahkan air. Panaskan di atas api yang sedang.
Biarkan hingga menggelegak sedikit, lepas tu
angkat dan sejukkan selama 15 minit.
Kalau orang lama, diorang biar rendam semalaman
rasanya, untuk dapat kan rasa rempah masuk ke dalam raisin dan sebati.
Okay, bila dah suam suam kuku tu, masukkan
campuran tadi ke dalam bahan 7 – 8. Bila dah gaul sebati tu, masukkan bahan basah 1
– 3.
Gaul lagi hingga rata semuanya masukkan kacang
hazel dan cherry/lobak.
Masukkan bancuhan ke dalam acuan roti loaf
(kalua ade yang tak tau ukurannya lebih kurang 8”inch x 4”inch). Sebelum tu
jangan lupa letakkan butter dan tepung supaya mudah dikeluarkan setelah masak.
Kalau malas nak letak butter dan tepung, cara
alternatif, boleh alaskan dengan parchment paper atau sembur je dengan baking
spray.
Masukkan ke dalam oven selama 25 minit pada
suhu 180 darjah celsius.
Bila dah masak cucuk kek untuk pastikan masak
bahagian dalam.
Kepada sesiapa yang dah cuba dan ade petua lain
yang ingin dikongsikan bersama, jom la komen di bawah.
Kita boleh belajar sama2 buat kek sedap ikut
tekak kita sendiri…
Selamat mencuba.
Comments
Post a Comment