Resepi World Class Chocolote Moist Cake… (terangkat!!)


Satu hari tu, bila tengah study untuk exam, tekak ni tetiba rasa macam nak makan chocolate cake. Hilang kan stress synonym dengan chocolate kan. Bila rasa nak makan niiii, biasanye, pertama kali kita think of buying kan.
Tapi, puas ati ke idok?? So, terdetik hati ni, rasa nak buat sendiri.. boleh la kita cuba untuk asah skill yang tak berapa nak ade ni kan…

So, kita ni start la bersilat kat dapur. Bahan-bahan kek ni dah ade tersedia kat dapur sebab kekadang suka juga nak try itu dan ini. Jadi ade la saki baki bahan tu. Tapi make sure tak expired ye.

Okeyh, oleh sebab kita ni suka tengok visual daripada baca kan, so, kita pon cari youtube pasal chocolate cake nih.. cepat sikit nak faham cara membuat nyer tu.
Dah tengok beberapa video, saya dah decide 1 resipi untuk di cuba..

Jom kita explore bahan-bahan sesama:

Bahan kering

Gula 2 cawan (kalau nak tukar gula perang pon boleh)
Tepung 1 ¾ cawan
Tepung Cocoa ¾ cawan
Baking soda 1 ½ sudu kecil (tsp)
Baking powder 1 ½ sudu kecil (tsp)
Garam halus 1 sudu kecil (tsp)

Bahan basah
2 biji telur (Gred apa pon boleh)
Susu segar 1 cawan (sapa kengkawan yang ade anak suka minum susu segar, kebas je la diorang punye)
Minyak sayuran ½ cawan (Minyak yang kita dok guna masak pon boleh)
Vanilla Extract 2 sudu kecil
Air panas 1 cawan


Chocolate Ganache

Cream 1 cawan (1 kotak kecil tu pon boleh Emborg-Whipping Cream)
Chocolate Butang 1 cawan (chocolate chip boleh, chocolate bar pon boleh. Ikut suka masing2)






Cara-cara dan petua untuk membuatnye:
Okay, sekarang masa untuk guna semua bahan yang dinyatakan kat atas nih.

Mula mula panaskan oven. Biasanye, saya panaskan 20 minit 150 darjah celsius je.
Sementara tu, campurkan semua bahan kering.
Bila dah sekata, masuk kan bahan basah. Gaulkan sampai semua nampak sebati (incorporated).

Sediakan talam kek, dan sapukan butter & taburkan tepung biasa atau tepung cocoa supaya senang nanti nak keluarkan kek yang dah siap nanti.

Masukkan bancuhan ke dalam talam dan masu

kkan ke dalam oven yang dah siap panas tadi.
Sebab kek chocolate ni sedap dan perlu lembap serta lembut, saya bake guna konsep “water bath”.
Air kat atas kek kat bawah (2 layer), sebab saya letak air kat atas supaya tak terlebih hitam atau berkerak di bahagian atas kek.

Tukarkan suhu kepada 180 darjah celsius selama 40 minit. Bila nanti kek dah boleh di keluarkan, cucuk ngan lidi atau skewer sate tu (pencukil gigi pon boleh hehe), kalau melekat/melekit, maksudnyer tak masak lagi. So, sambung balik masuk ke dalam oven mengikut masa ikut agak masing2.



Sementara tunggu kek siap, jom kita sediakan “Chocolate Ganache”.

Panaskan selama 1 minit di dalam microwave cream.
Campurkan cream yang panas tadi ke dalam mangkuk yang mengandungi chocolate butang.
Jangan di sentuh, dan biarkan 5 minit.
Setelah 5 minit, gaulkan hingga sebati.
Masukkan seketika ke dalam peti ais, supaya mudah untuk dihias di atas kek nanti.

Mudah saja kan, cubalah dan jangan lupa comment dibawah apabila berjaya buat “World Class Chocolote Moist Cake” ni. Lebih-lebih lagi nak raya ni. Mesti ade yang tak sempat tempah kuih raya ke, atau nak buat rumah terbuka, apalagi, ni la masa untuk berjimat wang dan masa.

Kita jumpa lagi dengan lebih banyak resipi cubaan saya nanti..

Salam sejahtera & Assalamualaikum..

Jangan lupa follow & subscripe untuk resepi akan datang yang lebih menarik dan mudah..

Untuk tempahan boleh turunkan comment anda dan contact untuk saya hubungi..
Cake storage yang elegant -------->http://ho.lazada.com.my/SHRxYi

Elegant banking ware:

Comments