Hey everyone!! Wish you a wonderful morning and cheers!!
Hari ni, I nak kongsi pengalaman membuat Kuih Bakar Pandan (Pandan Cake). Walaupun, I rasa tak sempurna sebab terlupa akan bijian bijan untuk hiasan dan wangian di atas kuih bakar tu, takpe la... I kongsikan juga OK...
Nanti ade gambar baru yang lebih sempurna, I boleh kongsikan..
Cara nak buat dia senang je... Perkakas yang diperlukan hanya pengisar dan acuan kuih bakar ni.
Bahan-bahan yang paling mudah dicari:
1 cawan tepung gandum
1 cawan gula halus/kastor
1 cawan pati air pandan (6 helai daun pandan dikisar halus dan tapiskan airnya)
2 cawan pati santan/ 2 kotak 200ml
3 biji telur
Sedikit pewarna hijau (untuk nampak menarik laa...:P)
Sedikit minyak kelapa (untuk bau wangi)
Sedikit ekstrak pandan (sekiranya perlu)
Sedikit bijan
Okay, jom kita tengok ape nak buat dengan bahan di atas.
Sebelum mulakan, panaskan ketuhar dan acuan (yang telah disapukan minyak) selama 15min pada suhu 150 darjah celcius. Atau, kepada sesiapa yang tidak ada ketuhar, panaskan acuan di atas dapur.
Keluarkan pengisar kita, dan masukkan semua bahan di atas, tapi bijan letak tepi dahulu.
Bila sudah sebati semuanya, masukkan bancuhan kedalam acuan. Hati-hati ya, panas tu!
Masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar (kepanasan atas dan bawah) selama 40 ke 50 minit atau sehingga permukaan menjadi keperangan pada suhu 180 darjah celcius.
Untuk hiasan bijan, setelah masak taburkan bijan dipermukaan kuih. Tapi, katakan nk masak sikit bijan tu, selepas 15 min di dalam ketuhar keluar kan kuih dan taburkan dan masukkan semula hingga selesai.
Petua:
Berhati hati dengan acuan panas!
Jangan tunggu depan ketuhar (sebab excited), biarkan kuih tu masak sendiri ... haha
Bila kuih dah masak, keluarkan acuan dan biarkan ia sehingga sejuk. Jangan keluarkan kuih tadi ketika acuan/kuih masih panas. Nanti anda akan menyesal..
Dah cuba nanti kongsikan ya!!
Oh ya, jangan lupa follow dan subscribe ;)
Comments
Post a Comment