Ayam Kam Heong (Chinese Muslim Cusine)..



Ahaaaa.... Hari ni Ms Hoola nak kongsikan resepi makan Cina Muslim yang sedap, sedikit pedas, dan unik ini.

Bukannya apa, Ms Hoola balik ke rumah ibu untuk menyambut puasa dan iftar bersama. Dan nampak diatas meja telah tersedia barang-barang untuk masakan Ayam Kam Heong ni. Apalagi, berborak pasal masakan la Ms Hoola dengan ibu dan sepupu sepapat.

Masing-masing memang suka memasak. Kecoh rumah dibuatnya dengan suara kami riuh rendah... haha... Begitulah kebiasaannya kalau dah lama tak bertemu.

Okay, moh kita mulakan masakan enak kita.

Bahan-bahan:

1. Ayam 10 ketul kecil yang telah dicuci dan digaulkan sedikit dengan sedikit serbuk kunyit dan garam (bahagian ayam mengikut kesukaan anda) Serbuk kunyit digaulkan untuk tambahkan warna dan garing.

2. Serbuk Kari 2 sudu besar
3. Cili boh 1 sudu besar
4. Bawang merah 3 ulas ditumbuk
5. Bawang putih 3 ulas ditumbuk
6. Air asam jawa 1 sudu besar
7. Kicap pekat manis
8. Daun kari 1 tangkai
9. Cili api 3 atau 4 dibelah tengah
10. Tomato dipotong 4


Langkah-langkahnya:

10 ketul ayam digoreng garing dahulu sehingga kekuningan.  Setelah selesai, alihkan ketepi dahulu.
Campurkan dari bahan 2 ke 7 dan tumiskan kedalam minyak yang panas sehingga garing dan naik bau.
Masukkan ayam yang telah digoreng tadi bersama tomato dan cili.
Gaulkan sama rata dan sebelom masukkan garam, rasa terlebih dahulu kerana ayam telah digoreng bersama garam.
Kita tak mahu masakn kita terlebih masin pula.

Setelah semuanya rata, boleh lah diangkat.
Dan dihidangkan dengan nasi putih yang panas.

Selamat mencuba!!

Ms Hoola


























Comments