Sotong Goreng Kunyit..

Untuk menu sotong ni, tiba-tiba je, tekak ni rasa nak makan sotong yang berkunyit dan rasa masin masin sedikit. Al maklum lah... tekak orang berpuasa.


Jadi saya dok berfikir, ada ke bahan bahan ni di dalam dapur kecah saya tu... Mungkin ada satu atau dua yang perlu dibeli. Jom kita jenguk dapur kecah Ms Hoola...


Ahaaa, semuanya ada dan cukup bahan untuk masak "Sotong Goreng Kunyit". Tapi untuk menu kali ni, Ms Hoola akan makan bersama "Masak Cili Api Ikan Kembong". Tapi resipinya kita lihat di tajuk yang kita khas kan untuk masak lemak cili api ya...


Sebenarnya, masa Ms Hoola nak masak resipi sotong ni, Ms Hoola baru pertama kali mencuba. Ms Hoola satukan semua bahan bahan nya mengikut deria rasa Ms Hoola ketika pernah makan ayam goreng kunyit di kedai.


Lagi pula, Ms Hoola memang ada kawan yang gila makan ayam goreng kunyit dengan nasi putih. Dah banyak kali perhatikan bahan2 didalm masakan ni. Jadi, Ms Hoola agak agak je bahan bahan nya. Alhamdulillah jadi la... rasanya tu ada la .... haha


Okay sekarang, kita jenguk apa yang mudah sangat nak masak resipi ni...



Bahan bahan:
2 ekor sotong besar di hiris dan digaram kunyit
1 Bawang besar di hiris besar
3 utas kacang panjang (lebih pon tak pe)
1 Cili besar dihiris
Garam secukup rasa

Cara membuatnya:
Goreng sotong dulu dan ketepikan.

Tumis bawang besar yang dihiris tadi, masukkan sotong tadi bersama kang panjang dan cili.
Tak perlu terlalu masak, kerana, kacang panjang saya suka rangup sedikit.
Kepada yang suka masak sedikit boleh, biarkan lama sehingga layu sedikit dan angkat.

Jangan lupa letakkan garam seukup rasa.

Haa, senang kan? Kejap je kan?

Selamat mencuba!!




Comments