Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ni Ms
Hoola nak kongsikan bersama cara membuat nasi lemak sedap dan tahan lama (tak
cepat basi).
Baru baru ni, keluarga aunty Ms Hoola datang dari Penang dan Seremban. Seronoknya dapat bersama diorang. Lagi2 Ms Hoola dapat hidangkan hidangan dari air tangan Ms Hoola sendiri.
Bila sebut nasi lemak, mungkin ramai yang menyangka yang buat nasi lemak ni leceh dan ambil masa yang agak lama. Surprisingly, amat mudah dan senang sangat penyediaan dia. Yang penting ada minat dan rasa kasih saying bila memasak (Gittiewww)…
Sudahnya, kita akan dapat hidangkan hidangan nasi lemak yang lazat, tahan lama, wangi dan kenyang sepanjang masa.
Ooohhh, sebelum Ms Hoola kongsikan resepi dan cara membuatnya, sesiapa yang belum lagi mengikuti Instagram Ms Hoola, jom la sama2 tekan butang follow dekat ID busylifekitchen.

Masa Ms Hoola membuat keputusan
nak buat nasi lemak ni, bahan bahan dah memang ada dalam dapur Ms Hoola niii….
Jom kita jenguk bahan bahan asas yang kita perlu ada.
Bahan bahan nasi lemak klasik:
1 ulas bawang merah (size ikut
suka anda, sebab bawang ni untuk penambah bau pada nasi)½ inch halia (nak lebih pon boleh
juga, terpulang, sebab halia ni untuk penambah bau pada nasi)
Daun pandan di carik carik dan disimpul ( simpul la cantic cantic sebab kita masak dengan hati riang kan, hehehe)
4 atau 5 kotak santan pekat 200ml dan tambah air-kalau nak lebih lemak, lebihkan santan (ahaa, yang ini tricky sikit, sekejap lagi saya terangkan)
Garam, 1 sudu kecil
Beras pilihan anda 4 pot (dalam lebih kurang 10 orang makan)

Cara cara membuatnya ala Ms
Hoola:
Hiriskan bawang dan halia. Carikkan daun pandan dan simpulkan. Masukkan kesemua bahan tadi kedalam periuk nasi.
Untuk sukatan santan dan air, 4 pot bersamaan 5 ½ pot sukatan air dan santan. Anda boleh lebih atau kurangkan santan, yang penting campurang air dan santan mesti bersamaan 5 ½ pot.
Pot yang Ms Hoola gunakan bersaiz cawan. 1 pot bersamaan 1 cawan.
Masukkan campuran santan dan air ke dalam periuk nasi tadi dan biarkan sehingga mendidih. Cara ni membuatkan nasi kita tahan lama kerana kita dah masakkan santan tu dahulu.
Sementara tu, cuci beras dahulu, buangkan semua serdak dank utu beras. Toskan dan masukkan kedalam periuk nasi tadi setelah santan tadi mendidih.Biarkan sehingga masak. Bila nasi lemak sudah kering, kaiskan nasi tadi supaya nasi lemak kita berderai dan sedap apabila di makan.

Saat yang paling best, bila aroma
nasi lemak tadi semerbak dengan bau halia, bawang dan daun pandan. Bertambah
tambah la selera makan tu nanti…
Untuk resepi sambal ikan bilis, boleh jenguk posting blog busylifekitchenbyhoola dibawah:

Selamat mencubaaa!!!
Ms Hoola…
Comments
Post a Comment