COVID-19: 5 Tips Beli Barang Dapur Ketika Perintah Berkurung (lockdown period)

Selamat pagi kepada semua rakyat Malaysia yang berada di mana2 diseluruh dunia. Tidak lupa juga kepada semua rakyat dari negara lain diseluruh dunia.

Ms Hoola tau, dah lama tak bersiaran kerana sibuk dengan perihal harian dan kerja di pejabat. Hari ni, hari pertama "Movement Control Order" oleh kerajaan. Jadi, bila dah selesai kan kerja tadi, Ms Hoola nak bersama anda untuk berkongsi idea untuk manfaat bersama.

Seperti mana yang semua tahu, this outbreak made our government announced the lockdown period between 18th to 31st Mar. Let's pray everyone for the best and this is to be over SOON.

Hope everyone has taken steps to be safe and not going out there near to the crowd to avoid the virus spread. I believe, we are SMART enuf to identify ourselves what is right and what is wrong.

Okay, jom kita semua terus ke tajuk utama kita. 5 tips beli barang dapur supaya semua sama rata dapat menikmati makanan yang cukup sepanjang tempoh berkurung. Saya pasti rakyat Malaysia memang bijak dan mempunyai tahap kesabaran yang tinggi.


Senaraikan barang dapur yang hendak dibeli

Sebelum pergi membeli barang dapur ni, sangat perlu kita senaraikan dulu. Banyak manfaatnya dengan melatihkan diri dengan cara ini. Ambil nota kecil yang senang untuk dibawa kemana sahaja. Dan tuliskan sambil melihat barang apa yang telah habis didapur.
Apa kebaikannya?

1. Kita hanya manusia yang sentiasa lupa. Jadi nota kecil ini membantu kita untuk selalu ingat barang apa yang perlu dibeli. Tak perlu nak call balik ahli keluarga untuk bertanyakan barang apa yang hendak dibeli.

2. Mengelakkan pembaziran. Kerana, kita hanya tumpukan barang didalam senarai sahaja dan tidak membeli secara semborono.

3. Jimat masa. Kenapa jimat masa? Sebab, kita tidak akan pergi kesetiap rak barang makanan untuk pilih berjam jam. Kita hanya perlu lihat senarai, terus ke rak barangan yang kita perlu dan bayar. Masa kita adalah emas untuk elakkan penularan virus.


Ingat! Hanya beli barang keperluan sahaja

Apa itu barang keperluan. Pada pendapat Ms Hoola, barang keperluan setiap orang adalah berbeza beza mengikut citarasa masing2. 

Contohnya: Lelaki A hanya makan nasi sahaja, tidak makan mee atau roti. Jadi barang keperluan Lelaki A adalah beras. Sekiranya lelaki A membeli spaghetti atau mee hoon, ini dikira membazir.  

Jadi, Ms Hoola sarankan anda semua kenalpastikan barang keperluan masing2 dan beli mengikut kegunaan yang munasabah. Mesti semua tertanya tanya, kenapa nak sekat beli barang? beli je la, tak guna nanti boleh sedekah. Ada segelintir dari kita yang berfikiran begini.

Jom tengok apa kebaikannya:

1. Jimat duit. Dalam keadaan outbreak macam ni dan darurat, kita perlu berjimat dan gunakan duit sebaik mungkin. Mana la tau ada perkara cemas yang perlu untuk kita gunakan duit kita tu.

2. Jimat ruang didapur anda. Dengan tidak membeli barang secara berlebihan kita boleh jimat ruang dan susun atur dapur dengan lebih bijak.

3. Jangan TAMAK. Kerana ini amalan syaitan. Tinggal barang keperluan bagi yang memerlukan agar kita tidak menyekat orang lain dari menikmati makanan yang mencukupi.

4. Be smart. Guna hanya bila perlu sahaja. Catu makanan sekiranya perlu. Think of the bright side.


Beli barang kering yag boleh tahan 3 ke 6 bulan

Ada ke barang makanan yang boleh tahan selama ini?? Kalau tanya Ms Hoola, mesti la ada. Contohnya, (Ms Hoola bagi contoh 10 barang okay)

- Fucuk & Soh Hoon
- Ikan kering (yang ni setahun pon tahan) haha
- Mee Hoon
- Cendawan shitake
- Kekacang (untuk buat bubur, rebus dsbg)
- Ubi (Kentang, sweet potato, dsbg)
- Jagung pon boleh yang belom masak
- Any type of Pasta
- Instant Noodles
- Beras

Beli barang basah tahan beku tahan berbulan

Jom terus pegi contoh: (10 barang)

- Rangka ayam (untuk buat sup)
- Ayam
- Keropok Lekor
- Ikan 
- Kelapa parut (sekiranya perlu)
- Semua makan segera frozen
- Frozen vegetables
- Perencah fish ball, fish cake dsbg
- Daging 
- Frozen fruits


Jangan panik dan sentiasa bertenang

Above all the points yang Ms Hoola tuliskan diatas, ini yang paling penting sekali.
Bertenang dan sentiasa utamakan keselamatan. Ketika membeli, jangan berebut dan hilangkan sikap pentingkan diri sendiri.

Cuba mengikut langkah2 dan garis panduan oleh kerajaan dan badan2 tertentu untuk keselamatan anda dan orang lain disekeliling anda. 

Tujuan utama lockdown for the outbreak is to ensure everyone is safe and no more virus spread to anyone else.



Ms Hoola rasa sampai disini sahaja, untuk artikel ini. Nanti kita jumpa lagi untuk input yang lebih menarik.

Always STAY TUNE with me guys!!!

ILOVEYOU.











































Comments