COVID-19: Contoh Resepi Ringkas Untuk Bertahan Lebih Lama Ketika Perintah Berkurung (Lockdown Period)

Assalamualaikum & Selamat Pagi semua. 
Hari ni Ms Hoola nak kongsi contoh2 resepi ringkas yang kita boleh masak dirumah ketika "Lockdown Period".

Tapi Ms Hoola nak tegaskan, pendapat ini adalah berdasarkan pengalaman sendiri and mengikut citarasa tekak saya sahaja. Sekiranya akak2 & abang2 ada pendapat yang berbeza, Ms Hoola suka sangat sekiranya dapat berkongsi bersama saya. Saya berpandangan luas dan terima pandangan dan pendapat anda semua. Tak salah kalau kita dapat kongsi & mendapat manfaat bersama.

Kenapa kita perlu ada resepi mudah/ringkas ni? Haa, jom kita kupas.


Kurang kan penggunaan barang dapur

Kerana tujuan utama kita untuk menggunakan barang dapur ketika "lockdown", jadi kita kena pastikan ianya mampu bertahan hingga tempoh "lockdown" tamat.

Cepat dan sedap. Menyenangkan anda semua yang memang kurang sikit minat memasak, jimat masa kerana nak tengok anak2 atau buat kerja rumah yang lain dan paling utama kita tak terlepas tengok drama atau movie (Netflix) kita. lol...

Lagi satu, dengan masakan ringkas dan cepat ni dapat mengelakkan kita daripada makan diluar. Ini selaras dengan tujuan utama "lockdown" iaitu menghalang dari penularan virus.


Contoh resepi mudah/ringkas

Ms Hoola akan bagi contoh secara umum, daripada situ boleh dapat idea lebih banyak lagi mengikut selera masing2.

1. Sayur Goreng (Taugeh, Petola, Kobis, Broccoli dsbg)
2. Masak Air (Singgang, Mee suah, Bayam, Soh Hoon & Fucuk, Cendawan Oyster, dsbg)
3. Goreng Berlada/ Sambal (Ikan berlada, Ikan Bilis, Telur hancur, Telur rebus, Ayam, Sardine,Daging Pekasam-masak cili api, dsbg)
4. Masak lemak putih (Kobis, Pucuk Ubi, Soh Hoon & Fucuk, Labu, dsbg)
5. Masak Kicap (Ikan, Ayam, Ikan Bilis, Telur goreng/ Rebus,Tauchu, dsbg)
6. Goreng (Mee, Mee Hoon, Nasi malam tadi, Maggie dsbg)
7. Sarapan pagi (Kuih manis, cucur ikan bilis, cekodok, oatmeal, dsbg)
8. Last sekali nak pesan, amalkan makan kurma setiap pagi.


Harap kepada pembaca blog "busylifekitchenbyhoola" dapat sedikit sebanyak manfaat dan apa yang perlu ketika ini. Kita berjumpa lagi esok. Ms Hoola akan bawakan resepi yang mudah dan ringkas mengikut citarasa Ms Hoola yang mungkin pada anda semua susah tapi sebenarnya mudah sahaja.

Jangan lupa lawat IG - busylifekitchen untuk berbagai idea, video dan gambar masakan untuk tatapan. 

Jumpa lagi!! XOXOXOXO













Comments