COVID-19: Naik Berat Badan Ketika "Lockdown Period". Bagaimana kekal sihat dan cantik?

Harap semua teruja dengan tajuk kita hari ni. Nak kekal slim, sihat dan cantik walaupon ketika kuarantine selama 2 minggu ni.

Saya faham semua risau, akan penyakit Coronavirus yang menyebabkan kita tak boleh buat rutin kehidupan seharian kita. Kita jadi bosan, malas, dan sentiasa rasa letih kerana terperuk di dalam tempat yang sama sahaja. 

Jadi hari ni, jom kita kupas bagaimana hendak kekal cantik malah lebih lagi dari sebelom kejadian "lockdown" ni. Supaya kita pergi kerja nanti berseri seri, jumpa rakan2 ceria dan tidak kusam.



Selalunya, makanan diet memang mahal. Lagi2 kalau tak sempat beli disebabkan kita kekurangan masa atau barang dah habis dipasaran kerana ramai yang berpusu pusu membeli. Oleh itu, kita hanya berhadapan dengan makan yang kita ade didapur sahaja. Itu pon tak berapa nak sihat sangat kan? sebab hari kejadian tu, main rembat je... hahahaha

Okay kita mulakan sekarang:

1. Sarapan Pagi - Don't skip. No matter what! 
Paling bagus, ambil makanan berserat tinggi. Makan sebanyak yang perlu sahaja. 
2. Carbo - kalau kita jenis suka makan nasi, jadikan portion nasi segenggam sahaja. Nasi ni termasuk segala jenis nasi (nasi putih, nasi goreng, nasi lemak, nasi beriani, dsbg). Lagi bagus kalau anda semua gantikan kepada good Carbo. Contohnya ubi keledek (Sweet potato) Carbo only once a day.
3. Gula - Kurangkan pengambilan gula kerana gula didalam badan yang bertukar menjadi tenaga tetapi tidak digunakan akan menjadi lemak.
4. Sodium - Kurangkan pengambilam garam. Boleh gantikan dengan garam Himalaya atau sebagainya. 
5. Rempah - Lebihkan rempah dalam masakan, kerana akan menambahkan rasa dan memanaskan badan. 
6. Makan Malam - Elakkan pengambilan carbo dan banyakkan makan buah pada waktu ini. Ikan dan ayam serta sayuran disarankan.
7. Protein - Daging putih (White meat) seperti ikan dan ayam, telur putih, daging merah (Red meat) yang tiada lemak. 
8. Puasa - Bagi mereka yang beragama Islam, boleh la berpuasa sunat di dalam bulan Rejab dan Syaaban yang akan datang ni... :) Selain dapat manfaat sihat tubuh badan, anda dapat mengumpul pahala berganda.



Walau apa pun yang Ms Hoola cadangkan diatas, sudah tentu mengikut keselesaan masing2. Yang penting semua jenis makanan diambil secara sederhana dan tidak berlebihan. Sekiranya pengambilan makanan selaras dengan activiti fizikal anda, itu tak perlu dibimbangi kerana lebihan tenaga akan terbakar. 

Ms Hoola juga sarankan bersenam dirumah. Yang penting selamat. Apa jenis senaman dirumah yang boleh anda buat? Boleh tengok IG, FB dan Google, banyak contoh yang diberi. Jadi tidak ada alasan untuk tidak melakukannya.

Okay, Ms Hoola rasa, cukup sampai disini sahaja. Kita jumpa lagi esok dalam perihal yang lebih menarik pula.


Happy #stayathome #workfromhome ....

XOXOXO















Comments