Bubur Biji Nangka Paling Senang dan Ringkas (Mesti cuba!!)

Bagaimana hari anda hari ini? Harap lebih baik dan lebih sihat dari hari hari sebelumnya. Selamat pagi & assalamualaikum. Hari ni Ms Hoola nak kongsikan resepi "Bubur Biji Nangka". Mungkin ramai rasa remeh, susah dan sebagainya. Tapi hakikatnya, mudah sangat!. 

Tapi bentuk yang Ms Hoola ni lain sikit la dari biji nangka. Sebabnya, kita ikut nenek kita buat macam tu. So, dah terbiasa. Asal boleh makan, okay la. hehe..

Jadi yang bagi idea nak masam bubur ni, is my sister. Dia yang teringin, so kita buat je la.. Dia la yang dok menggentel tepung tu.. Jom kita tengok bahan2 nya.

Bahan2:

1. Tepung pulut 2 cawan
2. Air masak 3/4 hingga 1 cawan. (tengok keanjalan tepung tu)
3. 2 pewarna masakan (warna ni tak kisah la nak letak warna apa)
4. Gula merah 2 sdb
5. Gula secuku rasa
6. Garam 1/2 sdk
7. Santan pekat 1 kotak kecil
8. Air masak (ini diperlukan apabila santan telah masuk dalam periuk)
9. Sagu mata ikan 2 sdb (lalukan dengan air supaya bersih)
10. 1 atau 2 helai daun pandan (disimpul)


Cara memasak:

- Tepung pulut digaulkan dengan air masak sedikit demi sidikit hingga tepung kenyal. BUKAN lembik atau cair.
- Bahagikan 3 bahangian dan letak kan berlainan warna kepada 2 bahagian. 1 bahagian dibiarkan warna asal.
- Gentel mengikut bentuk kesukaan anda.
- Selesai bentuk, rebus ke dalam air mendidih sehingga tepung gentel naik ke atas dengan sendiri.
- Angkat dan toskan kedalam bekas lain.
- Masukkan Santan, air masak dalam 1 cawan (ikut kepekatan yang anda mahu) dan daun pandan ke dalam periuk lain.
- Panaskan dan biarkan ia mereneh.
- Masukkan pulut biji nangka tadi, gula merah, gula dan biarkan mendidih sedikit.
- Akhir sekali masukkan sagu.
- Biarkan 2 minit, dan siap.

Dan boleh la dihidang waktu petang atau bila2 masa sahaja. 

Jangan lupa lawati FB page & IG busylifekitchen dan say hi..

Sampai jumpa lagi!!


XOXOXO








Comments