Selamat tengahari dan assalamualaikum kepada semua pembaca. Hari ni Ms Hoola teringin nak masak cekodok pisang. Makan panas-panas dengan kopi sedapkan waktu petang nanti.
Kadang-kadang apa yang merisaukan masak kuih, takut terlebih tepung. Bila tepung terlebih kuih cekodok ni dah tak ada rasa pisang. Tak seronok la. Tapi bila terlalu kurang tepungnya, kuih jadi lembik sangat pula. Jadi kita kene betul2 pastikan sukata, tepung ni betul dan kuih kita pula menjadi. Cantiknya, rasanya, bentuknya dan sebagainya.
Kuih ni warnanya hitam atau dark brown. Ada sesetengah orang pelik kenapa warnanya begitu.Belum rasa belum tau. Memang terangkat. Kuih ni dalam bahasa Inggeris, Ms Hoola tak tahu, tapi ada member saya bagi nama "Brownie Puff". Okay la tu! Asal ada..
Bahan2 resepi kuih memang terlalu ringkas dan mudah untuk disediakan. Sebelum kita melihat bahan2 nya, Ms Hoola nak ingatkan yang sukatan ini untuk makan 4-5 orang. Sekiranya anda hanya tinggal seorang atau berdua, boleh simpan bancuhan didalam tempat sejuk dan boleh goreng lagi apabila mahu. Maklum la, waktu2 terperuk didalam rumah ni.
Okay, Jom kita tengok.
Bahan2:
- Pisang berangan 1 sisir (16 biji pisang bersaiz sedang) - Pisang lain pun boleh ikut suka hati.
- Tepung 1.5 cawan
- Gula 1/2 cawan
1 sisir pisang berangan size sedang |
Cara memasak:
- Lenyek pisang hingga hancur
- Masukkan tepung dan kacau rata
- Masukkan gula dan gaul hingga rata dan sebati
- Goreng kedalam minyak yang panas, supaya tidak serap minyak dan kuih naik gebu
- Angkat dan boleh dihidangkan
Tips: Biarkan bancuhan seketika sebelum digoreng supaya segala bahan diserap dan enak apabila dimakan. 1 lagi, pisang yang betul2 masak lagi sedap dibuat cekodok.
Lihat mangkuk cantik untuk isi cekodok anda!
https://invol.co/clmjeh
https://invol.co/clmjei
Kepada sesiapa yang memerlukan face mask kerana kehabisan stok dan terlalu mahal, lihat link dibawah untuk tawaran hebat!
https://invol.co/clmjef
Lihat mangkuk cantik untuk isi cekodok anda!
https://invol.co/clmjeh
https://invol.co/clmjei
Kepada sesiapa yang memerlukan face mask kerana kehabisan stok dan terlalu mahal, lihat link dibawah untuk tawaran hebat!
https://invol.co/clmjef
Jangan lupa lawati FB page & IG busylifekitchen dan say hi..!!
Sampai jumpa lagi!!
XOXOXO
Comments
Post a Comment