Fuhhh!!! Lega rasanya bila report dah siap. "Work from home" ni lebih mencabar dari kerja di dalam pejabat. Tapi kita patut bersyukur kerana masih ada kerja, masih ada punca pendapatan, tubuh badan yang sihat dan masih mampu kongsikan cerita bersama anda semua. Alhamdulillah!
Hmmm.. hari ni Ms Hoola nak kongsikan resepi Kari Ikan Merah. Sebenarnya, ni baru pertama kali Ms Hoola masak kari ikan. Selalunya kari ayam. Hari tu, adik saya ajak makan di kedai kari kepala ikan dekat depan jalan sana. Kalau sesiapa pernah pergi ke batu 3 Shah Alam, haa dia tau la tu ade kedai makan kari kepala ikan terkenal di situ.
Kebetulan masa kitorang makan tu, kedai tu menyediakan kari ikan merah. Sedapnya kerana ikan tu segar dan rasa masakan pun baru dihidang. Disebabkan rasa teringin nak makan lagi, jadi Ms Hoola cuba la resepi ni yang rasanya seakan akan sama.
Saya pasti, kalau anda cuba resepi ini, anda akan pasti nak masak lagi terutama untuk abang2 dirumah dan juga anak2.
Jadi, jom kita tengok bahan2 nya.
1. Ikan Merah - Okay, sekiranya anda nak tukar ikan pon boleh. Tak semestinya ikan merah sahaja. Jadi jangan takut untuk tukar mengikut selera, mengikut apa yang ada dalam dapur tu..
2. Bawang merah 5 ulas (ditumbuk tak halus, tak kasar, sedang je)
3. Bawang putih 3 ulas (ditumbuk tak halus, tak kasar, sedang je)
4. Halia 1/2 inch (ditumbuk halus)
5. Biji halba 1 sdk
6. Biji sawi 1 sdk
7. Daun kari 2 tangkai (tak de pon tak pe. Nak amik gambar cantik sikit kalau ade. haha)
8. Serbuk kari ikan 1 paket kecil (dalam 2 sdb)
9. Air asam jawa (asam jawa 1 sdb direndam)
10. Santan 1 kotak kecil (dan tambah sedikit air, sekiranya anda ingin lebih pekat, gunakan 2 kotak kecil)
11. Bende 5 atau 6 tangkai dipotong 2.
12. Lada besar dipotong besar.
13. Garam
14. Minyak masak
Cara membuatnya:
- Bila semua bahan telah tersedia, panaskan periuk anda dan minyak masak.
- Tumis bahan tumbuk diatas (2,3,4) bersama daun kari, biji halba dan biji sawi. Biarkan seketika hingga naik bau dan garing sedikit.
- Masukkan serbuk kari ikan dan tumis hingga naik minyak
- Masukkan air asam jawa, gaul dan biarkan ia mendidih sedikit.
- Taburkan bende ke dalam periuk dan masukkan ikan merah serta santan.
- Tutup periuk, perlahan kan sedikit api dan biarkan ia mendidih selama 3-4 minit.
- Setelah itu masukkan garam secukup rasa dan taburkan lada merah yang dipotong kasar tadi.
Boleh la dihidang bersama keluarga untuk makan tengahari ni. :)
Tips: Sebelum dihidang, lebih sedap sekiranya biarkan seketika didalm periuk agar rempah dan bahan masak sebati. Rasa dia lagi ummphh tau. Cuba la.
Kalau anda semua nak tengok video cara masak, lawati facebook page busylifekitchen atau IG busylifekitchen. Jangan lupa say hi.
Sampai jumpa lagi.
XOXOXO
Comments
Post a Comment