Masak Chicken Orange (Masakan ala Cina Paling Senang dan Mantap!!)

Selamat menyambut Ramadan Kareem kepada semua muslimin di Malaysia dan seluruh dunia. Tidak lupa juga kepada yang bukan Islam, anda semua dialu alu kan untuk mencuba bagaimana rasanya berpuasa jika berkemampuan. Assalamualaikum dan salam sejahtera!!

Hari ini hari pertama puasa dan kita juga kita tahu bahawa PKP (MCO) akan dilanjutkan lagi hingga 12 Mei. Harap ini tidak melemahkan semangat anda untuk terus berjuang menentang COVID-19 dan juga bergembira dengan nikmat Allah, diberi kesempatan untuk meraikan bulan Ramadan dikala kita sepenuh masa dirumah. Ketahuilah bahawa setiap perkara ada hikmah disebaliknya. 

Ms Hoola harap dengan perkongsian resepi hari ini dapat menceriakan anda dan memasak untuk keluarga. Okay, resepi hari masakan ala Cina. Ada masam ada manisnya. Tak susah pon, mudah je. Haa... nak tahu caranya tak?? haa, jom tengok.

Bahan2

Bahan A
Ayam dada 2-3 keping (potong dadu besar sedikit)
Tepung 1/2 cawan
Tepung jagung 1/2 cawan
Telur 1 biji 
Lada hitam 1 sdb


Bahan B
Bawang putih 3 ulas (ditumbuk halus)
Halia 1/2 inch (Ditumbuk halus)
Lada hitam 1 sdb
Cuka 1/4 cawan
Sos Tiram 2 sdb
Kicap 2 sdb
Perahan Oren 1/2 cawan (alternatively boleh guna oren Sunquick. Senangkan!!)
Tepung jagung 1 sdb (untuk pekat kan kuah)
Potongan lada merah 1 (dihiris)
Garam secukup rasa






Kaedahnya

- Gaulkan bahan A sekata dan gorengkan hingga keemasan dan angkat
- Tumis bawang putih dan halia hingga naik bau
- Masukkan cukam sos tiram, kicap dan perahan oren. Biarkan seketika hingga mendidih
- Masukkan tepung jagung. Seeloknya bancuhkan dgn sedikit air dahulu.
- Apabila pekat sedikit, masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan hirisan lada merah.
- Masukkan garam secukup rasa.
- Gaulkan sekata


Dan siap untuk dihidang.


Tips: Untuk kelihatan lebih menarik, boleh ganti kan hirisan lada merah kepada lada benggala hijau dan merah (dipotong memanjang). Dan sebagai hiasan tambahan taburkan biji bijan putih dan daun kucai/daun bawang.

Selain itu, sekiranya sudah sejuk atau disimpan semalaman gunakan microwave untuk panaskan. Ada offer sale untuk microwave yang murah dan brand yang canggih. Sila tengok link dibawah.




https://www.lazada.com.my/products/new-arrival-toshiba-21l-mw2-mm21pf-hitachi-20l-microwave-oven-hmr-d2011-digital-series-with-timer-defrost-function-i598520328-s2288112004.html?spm=a2o4k.searchlistcategory.list.39.3e244965rFVKBb&search=1






Jangan lupa lawati FB page & IG busylifekitchen dan say hi..!!
Jumpa anda disana!!


Ms Hoola,
XOXO








Comments