Masak Lemak Cili Api Ikan Tenggiri dengan Rebung (Mantap!!)

Apa khabar semuanya!! Assalamualaikum.. Hari ini hari pertama untuk fasa ketiga PKP kita ni. Harap semua masih mengawal emosi dan rasa tertekan duduk di rumah. Ms Hoola disini tak kurang bezanya. Kerja2 yang dibawa ke rumah lebih menekan kan kerana sukar untuk berkomunikasi, dan sebagainya. Tetapi zaman teknologi hebat ni sepatutnya masalah dapat dikurangkan. Ye tak ye? :)

Hari ni Ms hoola nak kongsikan resepi Masak lemak Cili Api. Cara masak lemak cili api ni, asas semua sama. Lepas tu bila dah pro, boleh la tambah daun itu ini, atau bahan sampingan untuk lebihkan rasa dan bagi penyedap masakan kita. Cara nak sediakan pun senang je. Dulu ye la, kene guna batu tumbuk. Tapi sekarang Ms Hoola yakin didapur anda semua ada pengisar atau food processor. Tekan je kan. 

Tidak dinafikan, guna batu tumbuk lagi sedap masakan tu. Kerana teksturnya, rasa aslinya dan mungkin kerana batu tumbuk tu sendiri. Ye tak?

Okay, resepi disini resepi paling ringkas untuk musim PKP ni. Jom kita tengok!


Bahan2:

1. Bawang merah 3 ulas
2. Bawang putih 3 ulas
3. Kunyit Hidup 1/2 inchi (Serbuk kunyit pon boleh dalam 1/2 sdk)
4. Lada besar 1 dan cili api yang tak berapa pedas 5-10 biji (kalau pedas kurangkan)

( Semua barang di atas dikisar halus)

5. Serai 2 tangkai dititik
6. Asam keping 1
7. Ikan tenggiri 3-5 ketul 
8. Kentang 1-2 biji
9. Santan pekat 1 kotak kecil + tambah air dalam 1 kotak kecil (kalau nak cair boleh tambah air lagi) 
10. Rebung bulat dan putih 1/2 paket (dibasuh dan ditoskan)
11. Garam secukup rasa


Kaedah memasak:

- Sediakan periuk dan masukkan semua bahan kisar.
- Campak serai dan asam keping.
- Masukkan ikan dan tumis seketika.
- Masukkan santan dan air.
- Panaskan sedikit, masukkan kentang dan rebung.
- Gaulkan bahan hinggan masak.
- Akhir sekali masukkan garam secukup rasa.

Sekarang boleh la di hidang.

Masa penyediaan: 5 minit
Masa untuk memasak : 10 minit 
Keseluruhan : 15 minit

Petua Ms Hoola: Semasa memasak, santan hendaklah sentiasa di limbuk limbukkan. Kerana untuk mengelakkan santan bertahi minyak.


Ms Hoola nak syor kan pengisar yang Ms Hoola guna dari jenama Philips. Lebih kurang dah 8-9 tahun pengisar dibawah jenama ni bertahan denga Ms Hoola. Cuba tengok offer di link di bawah.

https://invol.co/clmmvd
















Jangan lupa lawati FB page & IG busylifekitchen dan say hi..!!

Sampai jumpa lagi!!

XOXOXO


Comments