Mee Hailam Paling Ringkas (Ikut ape yang ade dalam dapur)

Selamat tengahari semua dan Assalamualaikum! Hari ni kita rasa nak kongsikan resepi mee hailam pula. 2 hari lepas Ms Hoola masak mee hailam ni sebab nak cuba mee kuning Gardenia. First time guna mee kuning brand ni. Jadi nak rasa la sedap ke rasa nya dan ape bezanya dengan mee kuning yang lain.

Tapi masa saya dah pasti nak buat mee hailam ni, sayur sawi dan lobak tak ada. Jadi, Ms Hoola pakai je apa yang ada dalam dapur buat masa tu. Lagi2 tengah berpuasa, nak sangat makan mee hailam kan. Lagi satu yang saya ubah adalah, kebiasaannya resepi mee hailam ni ada masukkan tepung jagung untuk lebih pekat. Tapi saya tidak masukkan kerana saya suka yang berkuah dan tidak pekat. Kepada sesiapa yang nak tambah sila kan.

Walaupun ada yang saya kurangkan dan saya gantikan bahan2 nya, rasanya tetap sedap dan ada kick. Jangan risau tentang rasa, kerana apa sahaja resepi yang saya perkenalkan tidak akan mengurangkan rasanya. Waktu tengah perintah kawalan pergerakan (PKP) ni, kita ngap sahaja apa yang ada dalam dapur kita.

Okay, moh kita tengok bahan2 yang kita perlukan:

1. Mee kuning 1 bungkus (500g)
2. Bawang merah 3 ulas (ditumbuk)
3. Bawang putih 3 ulas (ditumbuk)
4. Cili boh 1 sdb
5. Ayam segar 2 ketul di potong kecil
6. Fish ball & fish cake (ikut suka banyak mana)
7. Sos tomato dalam 2 sdb
8. Sos cili dalam 2 sdb
9. Sos tiram dalam 2 sdb
10. Air masak
11. Kobis (Resepi asal sawi dan lobak)
12. Kicap lemak manis (letak sampai warna jadi hitam- ikut suka la)
13. Garam secukup rasa
14. Lada 1 dihiris
15. Daun bawang sebagai hiasan (dihiris)


Kaedah memasaknya:

- Panaskan minyak dan masukkan bahan tumbuk. Tumis hingga naik bau dan garing sedikit.
- Masukkan cili boh dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan ayam segar, setelah kecut sedikit, masukkan fish ball & fis cake.
- Ambil 3 sos yang dinyatakan diatas dan gaulkan bersama.
- Setelah rata, air masak dimasukkan cukup hingga tutup paras ayam dan fish cake & ball.
- Biarkan mendidih sedikit, masukkan kicap hingga warnanya sedikit gelap.
- Garam secukup rasa.
- Masukkan kobis, biarkan layu sedikit.
- Dan akhir sekali mee kuning dan hirisan lada.


Hidangkan mee hailam ke dalam mangkuk kegemaran anda dan taburkan daun bawang diatas mee hailam sebagai hiasan.


Kepada sesiapa yang berminat bekas mee hailam Ms Hoola tu, haaa Ms Hoola ada sedia kan link dibawah yang boleh didapati lebih kurang sama. Yang penting cantik apabila dihidang.

Ceramic Caserol:  https://www.youbeli.com/2l-ceramic-casserole-p-2123644.html
Ceramic Caserol: https://www.youbeli.com/1l-ceramic-casserole-p-2125423.html

Jangan lupa lawati FB page & IG busylifekitchen untuk lebih banyak gambar dan video tentang resepi makanan dalam dan luar negara.


Sampai jumpa lagi!!

XOXOXO





























Comments