Pajeri Nenas Terangkat (Tak menyesal cuba)

Selamat pagi dan Assalamualaikum semua..!! Harap hari ni tak lesu dan sentiasa bertenaga walaupun tak berapa nak ceria. hehe, biasala... asyik dok mengadap pintu atau jendela menjenguk ke luar kan? Sama la kita disini. Tapi kita disini sedia untuk menceriakan hati anda semua.

Resepi hari ini, pajeri nenas. Ms Hoola tak pasti kalau ada yang tak suka resepi nenas ni. Sebab ini kira resepi orang lama juga ni. Kalau glamour pon mungkin waktu2 kenduri, atau keraian. Kalau nak tau, ini juga resepi yang baru kali pertama saya cuba, tapi rasanya, fuhhh memang terangkat! Kakak2, makcik2 mesti suka, malah saya jamin anak2 muda pon gemarkan rasanya nanti.

Okay bagaimana saya boleh nak masak pajeri nenas ni? Biasa la, kita tengok apa yang ada didapur kita. Satu hari ni, abang saya baru balik dari Johor atas urusan kerja. Jadi bawakan ole ole nenas ni. Besar dan manis rasa nya. Haaa dia la yang bagi idea pajeri nenas niih. Jadi, saya pon menyediakan bahan2 yang sepatutnya.

Bahan2:

1. Bawang merah 3 ulas (dihiris halus)
2. Bawang putih 3 ulas (dihiris halus)
3. Rempah 4 sekawan (apa tu? haaa ni dia: bunga cengkih, bunga lawang, buah pelaga & kulit kayu manis)
4. Kerisik 3 sudu (Lagi banyak lagi sedap)
5. Rempah kari daging 1 paket kecil
6. Udang kering 2 sdb (ditumbuk halus)
7. Daun kari 2 tangkai
8. Nenas 4 potong bulat (ikut la nak macam mana. Kalau ikut org dulu2 potong bulat)
9. Santan 1 kotak kecil 
10. Sedikit air
11. Gula secukup rasa
12. Garam secukup rasa
13. Minyak masak


Cara memasaknya:

- Panaskan minyak kedalam periuk atau kuali kegemaran anda ;)
- Tumis bawang dan rempah 4 sekawan hingga naik bau dan garing sedikit. (Jangan sampai hangus tau)
- Sementara itu, didalam mangkuk kecil, campurkan kerisik dan rempah kari daging dan gaulkan bersama sedikit air. Setelah sebati, masukkan kedalam tumisan tadi.
Kacaukan hingga naik minyak.
- Masukkan udang kering yang ditumbuk halus dan daun kari. Kacau rata. 
- Setelah itu masukkan nenas tadi. Kacau rata hingga nenas disaluti bahan2 tadi.
- Curahkan santan pekat dan tambah sedikit air. Kacau rata dan biarkan mendidh selama 3-4 minit.
- Taburkan gula dan garam secukup rasa.

Daaannnn wallaaahhh!!! Siap!.


Tips: Nenas tu paling sedap kalau dapat yang manis. Tapi kalau sedikit masam pon tak pe kerana gula akan mengimbangkan rasa masakan. 

Seperti biasa, jangan lupa jenguk FB page & IG busylifekitchen untuk video dan berbagai jenis masakan lagi. Just saya hi!!

Sampai disini sahaja untuk hari ni...

Jumpa lagi!! XOXOXO
































Comments