Bila kita ni memang dah suka makan asam pedas,
tak sah la kalau tak tau masak. Ye dok? Masa bulan puasa ni, macam biasa la,
ade je bende yang teringin nak di makan.
Sambil merenung ke luar jendela, saya berkira
kira untuk masak lauk kegemaran saya ni… Bukan jendela rumah saya tau, jendela
ruang pejabat tempat saya berkerja.
Itu la dia, bila perut ni menyanyi nyanyi buat
kita berfikir, nak berbuka ape nanti kita ni.
Bila dah tau ape yang nak di masak, senang la
kita nak sediakan bahannye bila balik nanti. Nak masak lauk asam pedas ni tak
lama pon, nak sediakan bahan mungkin dalam 15 minit je, masak dalam periuk tu
pon dalam 15 minit je.
Tak perlu panik bila masuk dapur. Campak je
semua bahan, dah siap! :D
Jadi hari ni, saya nak kongsikan resipi turun
temurun ibu saya:Bahan bahan
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Halia ½ inchi
Kunyit hidup ½ inchi
Bahan di atas separuh dihiris untuk tumis separuh lagi ditumbuk dan campurkan bersama cili boh.
Cili boh (4 sudu sekiranya hidangan 4/5 orang, tapi kalau takat 2 orang je makan, 2 sudu dah cukup)
Air asam jawa (asam jawa segenggam, air satu mangkuk kecil, kalau 2 orang makan setengah genggam je)
Rempah tumis campur 1 sudu kecil (tengok gambar di bawah)
Daun kari 1 tangkai
Bende (bergantung berapa bnyk yang anda mahu)
Tomato (Pilihan)
Ikan (Bawal hitam, tenggiri, kerisi dll) – boleh pilih ikut selera.
Yang penting sedap!
Kalau yang datang dari Melaka tu, pilihannya lebih banyak, macam daging tetel, ayam, perut dll.
Sekarang dah sampai masa kita guna bahan2 di atas.
Panaskan minyak sedikit, dan tumis separuh bahan yang dihiris tadi bersama daun kari & rempah campur.
Bila dah naik bau dan sedikit garing, masukkan cili boh bersama separuh lagi bahan yang telah ditumbuk.
Sehingga cili ditumis naik minyak, masukkan air assam.
Bila dah menggelegak, masukkan ikan bersama bende/ tomato.
Biarkan selama 5 minit, masukkan garam secukup rasa dan siap!!
Sekejap je kan?? Jadi tunggu ape lagi, cuba la cepat..
Sedap dimakan dengan kangkung goreng, ulam ulaman dan sambal belacan (kalau rajin buat la) :)
Dah cuba nanti, jangan lupa share comment anda di sini.
Jumpa lagi, assalamualaikum.
Comments
Post a Comment