Aglio Olio - Shrimp Featuring Cauliflower

Ini salah satu resipi yang paling cepat nak buat. Maklum la, busy kan dengan jadual 24/7.
Selain daripada sedap rasa/bau bawang putih, udang tu yang buat nak makan lagi dan lagi kan...
Masa saya buat resipi ni, kebiasaannya bila nak bawa bekal ke kolej atau ke tempat kerja..
Sebab simple sangat nak buat.

Kalau saya banding kan harga sepinggan di restauran kat luar sana, paling murah, dalam MYR18. Dan max pon lebih kurang dalam harga MYR32 to MYR 48.

Memandangkan mudah, mari la kita berjimat dan masak ikut resipi kat bawah ni. Takkan kecewa punya!!

Pilihan pasta yang saya gunakan untu resipi ni, spaghetti. Sebab tampak selari dan sekata.
Ada juga saya gunakan spaghetti healthy ingredient (brown pasta), tapi lain kali saja saya tunjukkan.

Tanpa buang masa, jom kita tinjau, ape ade dalam ramuan Aglio Olio ni.

Bahan2:

Bawang putih 5 ulas (Dihiris halus - Memang masakan ni lebih bawang putih. Jangan terkejut!)
Udang sedang 10 - 12 ekor
Bunga Kobis (Cauliflower - di potong kecil)
Parsley (Dihiris)
Kepingan Cili (Chili Flakes)
Lada Hitam (Ditumbuk sedap sikit, tapi serbuk pon boleh)
Salt
Minyak Zaitun (Olive Oil)
Spaghetti Fat Free






Cara memasak:

Semasa penyediaan bahan di atas, masukkan Spaghetti ke dalam periuk dan rebuskan selama 13 min atau hingga terputus 2 apabila di picit. Petuanya, letakkan sedikit minyak dan garam.

1. Panaskan kuali/pan dengan api perlahan.
2. Masukkan bawang putih, jangan tunggu hangit. naik je bau terus masukkan udang dan bunga kobis.
3. Tutup kuali seketika supaya steam terbentuk.
4. Lepas 5 min, atau selepas udang masak, masukkan garam dan Chili Flakes.
5. Tutup api

Toskan spaghetti tadi dan campakkan ke dalam kuali. Gaulkan, serta tambah kan garam, lada hitam dan kepingan cili mengikut selera. Oh ya!! Jangan lupa taburkan parsley..

Dah siap!!





Comments