Pulut Kuning Di Raja (Golden-Yellow Sticky Rice)

Hari ni Ms Hoola happy sangat! Nak tau kenapa? Sebab arini result exam keluar and Ms Hoola lulus dengan cemerlang (Ms Hoola rasa cemerlang la) hehe..

Okay, sebab rasa syukur kepada Allah, ingat nak belanja kawan kawan pulut kuning.
Bila fikir pasal pulut kuning nih, mesti nak makan dengan rendang ke, sambal ikan bilis ke, atau serunding ke... Hmmmm, mana satu ya..

Tapi tak pe, kita buat pulut kuning dulu, lepas tu kita fikir ape lauk yang sesuai dan ada "kick" untuk pulut kuning kita tu.

Resepi pulut kuning ni, kita letak banyak sikit gambar, supaya uollss dapat lihat dengan lebih jelas macam mana proses pembuatannya.

Bahan bahan:
500 gm Beras Pulut (Sticky Rice)
1 sudu kecil (tsp) serbuk kunyit (tumeric powder)
2 keping asam keping
Air cukup untuk merendam dan menutupi pulut
2 cawan (cups) santan pekat (coconut milk), campurkan sedikit mingyak zaitun.
Garam secukup rasa
3-4 helai daun pandan


Penyediaan:
1. Rendam beras pulut ke dalam air dan masukkan serbuk kunyit dan asam keping. Biarkan selama 6 jam.
2. Toskan ke dalam tapis dan sementara itu, pastikan air kukus telahh dipanaskan pada suhu sederhana (Supaya air tak cepat kering).
3. Alaskan lapisan kukus dengan daun pisang dan masukkan beras pulut. Selitkan daun pandan yang telah disimpulkan diantara beras pulut.
4. Tebuk lubang diantara beras pulut tadi untuk pastikan wap air kukus masuk ke dalam lapisan atas kukus.
5. Kukuskan selama 20 minit. Sementara tunggu 20 minit tu, panaskan santan yang telah dimasukkan garam secukup rasa. (Ms Hoola, masuk dalam microwave je- 1minit)
6. Setelah 20 minit, keluarkan beras pulut ke dalam bekas kosong dan masukkan santan sedikit demi sedikit dan kacau hingga sebati. Biarkan seketika (2-3 minit)
7. Masukkan semula ke dalam pengukus dan biarkan selam 20 minit lagi.


Dannnn.... Siap!

Pulut yang telah direndam bersama serbuk kunyit dan asam gelugor/ asam keping. Ditoskan.
Cantikkan warna kuning diraja nih.


Santan dan garam yang telah dipanaskan selama 1 - 1.5minit.
Letakkan minyak zaitun sikit, untuk pulut kuning tampak lebih berkilat.


Pulut diangkat dari pengukus selepas 20 minit dan masukkan santan di atas.
Kacau hingga rata dan sebati.


Di kukus selama 20 minit lagi atau sehingga masak. Periksa pulut supaya tidak ade yang mentah.
Gambar di atas ni dah siap dan boleh dimakan. ;)













Comments