Selamat Hari Jumaat semua!! Memang kita tunggu tunggu hari Jumaat kan? Sebab esok lusa cutiiii… Weahoo!!!
Jadi, malam ni dinner terasa nak makan Lempeng Kelapa.
Dulu, ibu saya panggil dengan panggilan Lempeng Batak. Resepi ni pun
saya belajar dari beliau.
Resepi ni simple je. Tapi, rasanya mesti terngiang ngiang bila dah rasa
sekali. Sedap tahap Gaban!! Hahaha… Yang sedapnya lempeng ni, bila kita makan
dengan sambal sardin, lemak cilia pi, susu pekat atau gula. Haa, ini memang
classic. Hanya orang yang pernah makan je tau.
Nak cuba tak, resepi keluarga saya ni? Haa, jom kita tengok, senang tak
nak sediakan bahan-bahan nya.
Sukatan untuk 2 atau 3 orang makan.
Bahan-bahan:
Lempeng
2 cawan tepung organik penuh bijian (Organic Wholemeal Flour) - Hari
ni, saya ubah kepada “healthy eating” dengan menukar tepung yang saya gunakan.
1 ½ cawan kelapa parut (grated coconut)
1 biji telur - gred ape pun boleh.
Air suam yang dicampur dengan sedikit garam – cairkan dulu garam dalam
sedikit air panas, supaya larut.
Sambal Sardin
3 ulas bawang putih
5 ulas bawang mera
Sedikit halia – untuk hilangkan hanyir
Bawang besar di hiris bulat (ring)
2 sudu besar cili boh (ikut kepedasan yang anda mahu)
Sedikit asam jawa – direndam dalam setengah cawan air
1 tin sardin
Dah siap semua bahan di atas, kita tengok cara membuatnya. Senang ke
tidak?
Gaulkan bahan lempeng sekata. |
Masukkan 1 senduk ke dalam kuali menggunakan minyak Ghee. |
1.
Untuk bahan lempeng,
masukkan ke semua bahan kecuali air dan gaulkan sebati.
2.
Masukkan air sedikit demi sedikit. Lebih kurang
setengah cawan. Tidak terlalu cair dan tidak terlalu pekat. Lihat gambar
sebagai contoh.
1.
Sediakan kuali leper dan panaskan bersama minyak
Ghee (minyak sapi). Ini la rahsia kesedapan lempeng kita.
2.
Masakkan 2 minit permukaan atas dan bawah.
f
3.
Sambal
sardin, tumbuk atau dihiris halus bawang putih, merah dan halia.
4.
Tumiskan bahan tumbuk, sesudah naik bau masukkan
cili boh hingga naik minyak.
5.
Masukkan sos sardin (ikan ketepikan dahulu), dan
air asam jawa.
6.
Garam secukup rasa dan letakkan ikan sardin.
7.
Selepas seketika, atau menggelegak, masukkan
bawang besar yang dihiris bulat dan gaulkan.
8.
Ok, boleh tutup api dan hiding.
Masa penyediaan adalah 30 minit.
Tak lama kan. Jadi, sila la cuba… Busy pun masih ada masa nak masak
kan?!
Similar non stick fry pan http://ho.lazada.com.my/SHSoTX
Set Seramic pan http://ho.lazada.com.my/SHSoTZ
Ceramic Plate http://ho.lazada.com.my/SHSoTh
Comments
Post a Comment