Hari ni kita nak share resepi Sambal Ikan Bilis Meletop. Of course
yang paling sedap la… Cara masakan nya mudah saja, macam rasa sambal nasik
lemak yang selalu kita beli tu… Yang penting, teknik dia tu.
Okay, kenapa tiba- tiba je Ms Hoola nak share resepi ni?
Macam nii, Ms Hoola dah rancang nak bawa pulut kuning (resipi boleh tengok
dalam post yang lepas) untuk officemates hari ni. Nak panjangkan sedekah la
katakan. So, Ms Hoola ni dok fikir fikir, nak jodohkan dengan ape pulut kuning
ni.
Ye la, nak buat rendang, masa tu tak cukup sebab maklumlah
hari berkerja ni, time pon limit je. Jadi, fikir fikir punya fikir, Ms Hoola
pon dah pasti nak buat sambal ikan bilis je. Cepat, mudah dan sedap!
So, Ms Hoola pon kumpulkan resepi yang ade di Youtube
(setakat yang mampu la) dan ambil untuk dijadikan guidance. Banyak juga Ms
Hoola tengok sampai berpinar mata Ms Hoola. Jadi, disebabkan Ms Hoola rasa
hasilnya memang sedap, Ms Hoola nak share dengan anda semua, resipi yang
menjadi pilihan Ms Hoola mengikut bahan bahan yang ade di dalam dapur Ms Hoola
sendiri.
Sambal Ikan Bilis MELETOP |
Jom kita teliti betul betul bahan bahan yang tercanggih
dalam resipi “Sambal Ikan Bilis” nih:
- Minyak Jagung – Minyak lain pon boleh guna juga
- Bawang merah dan bawang besar (15 ulas) – Sebenarnye lagi banyak lagi sedap tau.
- Ikan bilis 1 genggam – Sesiapa yang memang kemaruk ikan bilis tu, letak la banyak sikit. Hehe..
- Cili boh, agak agak dalam 10 sudu besar– Ms Hoola buat sendiri je. Senang dan jimat! Ingat ya, jangan melebihi jumlah bawang.
- Kiub pati ikan bilis – 1 je, nak tambah kick ikan bilis.
- Sedikit gula Melaka atau gula kabung - Ini untuk warnanya dan baunya. ;)
- Asam keping 3 keping – size sedang
- Gula pasir sedikit dan garam secukup rasa.
- 1 ulas bawang besar yang dihiris bulat. – ini untuk bahagian akhir setelah semua bahan digunakan. Ala ala perhiasan juga.
Teknik membuatnya:
- Panaskan minyak dan masukkan bawang merah yang telah dikisar dan ikan bilis. Hati hati ya, nanti takut terkena minyak panas, sebab bawang yang dikisar ni ade air.
- Tumis sehingga naik bau dan betul betul masak. Biarkan sehingga sedikit kekuningan.
- Masukkan cili boh dan masak sehingga naik minyak.
- Masukkan kiub pati ikan bilis, gula Melaka dan asam keping.
- Bila dah sebati masukkan sedikit gula dan garam. Jangan lupa rasa sebelum api ditutup, lepas tu pandai pandai la adjust.
- Masukkan bawang yang dihiris bulat dan kacaukan sehingga rata dan sedikit layu.
- Daaannnn Siap!!!
Dengan ini siap la “Sambal Ikan Bilis” MELETOP utuk dimakan
dengan ape sahaja makanan kegemaran anda.
Makan dengan roti boleh, nasi lemak boleh, pulut pon boleh,
dan berbagai bagai lagi.
Sekian, dan jangan lupa comment bila dah berjaya buat nanti.
Comments
Post a Comment