Selamat bekerja everyone! Hari ni Ms Hoola nak kongsi kan resepi kuih
yang semua orang mungkin dah tau. Tapi, Ms Hoola share mengikut petua dan
kesedapan yang Ms Hoola rasa orang lain pon akan suka mengikut rasa, texture
dan warna.
Kenapa kuih lepat pisang daun pisang? Macam ni ceritanya, Ms Hoola
berpuasa nazar selama seminggu. Tau tau je la, dalam berpuasa tu, banyak bende
yang rasa teringin nak makan. Tambah pula dah janji dengan officemates nak
bawakan untuk diorang, so, tercipta la lepat pisang daun pisang dari air tangan
Ms Hoola sendiri.
Macam biasa, kita ni having a busy working life, student part time
lagi, jadi, resepi ni memang simple dan cepat je nak masaknye. Sambil rehat,
tup tap tup tap, daaaah masak.
Nak tau ape bahan bahan nya?
Haa, jom kita tengok. Ini Ms Hoola
anggarkan 6- 7 orang makan.
1. Pisang 1 sisir / 4 ½ cawan pisang yang telah dilenyek (mashed) – Ms
Hoola guna pisang montel, nak lebih sikit pon boleh.
2. Tepung 1 cawan – Ms Hoola guna satu cawan sahaja sebab Ms Hoola suka
lepat yang lembut. Kalau kental sangat, sakit mulut nak kunyah… hehehe
3. Gula merah dalam 2 sudu besar rata -
Ini untuk berikan seri warna gittieww. Kepada sesiapa tak suka warna
gelap, boleh kurangkan atau tak perlu letak pon ok.
4. Gula pasir - Ikut kemanisan yang anda suka.
5. Garam secubit – Nak dapat kan rasa “lemak berkrim di sukai ramai”.
6. Kelapa parut- Putih sahaja
7. Daun Pisang – Pastikan dilap dahulu supaya permukaan bersih.
Cara membuatnya:
Lenyekkan pisang di dalam mangkuk sederhana. (Kalau tak ada bende yang
nak lenyek tu, pakai botol pon boleh)
Masukkan tepung, gula merah, gula pasir & garam.
Gaulkan sebati.
Dan masukkan kedalam daun pisang yang telah dipotong mengikut ukuran
7/8 inch x 6/7 inch. Lebih kurang je pon boleh. Tak perlu nak ikut sangat. Ikut
setakat mana yang ade je.
Selamat mencuba!
Letak kan parut kelapa ditengah adunan yang telah berada didalam daun
pisang dan tutupkan dengan menambah lagi adunan tersebut. Ms Hoola suka letak
banyak sikit, supaya lepat ni gemuk dan montel. ;)
Dan lipat kan daun pisang sehingga menutupi adunan didalam.
Masukkan ke dalam periuk kukus yang telah dipanaskan air kukus. Dan
biarkan masak selama 20 ke 30 minit.
Keluarkan lepat yang telah di masak dan sejukkan.
Dan boleh dihidang untuk minum petang atau bila bila masa yang kita
suka… ;)
Adunan yang telah siap dibancuh |
Kelapa Parut untuk inti lepat |
Adunan didalam daun pisang |
Lepat yang telah siap dibungkus didalam periuk kukus |
Siap untuk dihidang |
Dah cuba nanti, comment di bawah, sama ade jadi atau tidak…
Selamat mencuba!
Comments
Post a Comment