Grilled Salmon with Lemon and Fragrance Garlic | Salmon Dengan Lemon Panggang dan Haruman Bawang Putih.


Hello everyone! Bagaimana rasanya pagi-pagi ni? Ada semangat di tempat kerja? Hehe.. Sebelum Ms Hoola nak kongsikan resepi sihat kita hari ni, Ms Hoola nak bagi tau bahawa pentingnya mengamalkan pemakanan yang sihat, dengan senaman mengikut tahap kesihatan masing-masing.

Nak makan sedap boleh, bukannya tak boleh, tapi kita cuba jadikan makanan sihat tu lebih menarik dan sedap supaya kita boleh “in gradually” mengikuti perubahan kepada hidup yang sihat.

Kita memang tahu, kalau cakap pasal makanan sihat ni, harganya memang mahal. Lagi lagi dengan adanya GST. Nak makan di restoran memang tak berbaloi rasanya. Jadi, Ms Hoola bawakan makanan sihat, sedap dan mewah di rumah Ms Hoola sendiri dengan harga yang berpatutan, jimat dan sudah tentu la sedap rasanya untuk perkongsian kita bersama.

Jangan terkejut tau dengan bahan bahan yang akan dikongsikan. Ms Hoola rasa, paling sihat dalam dunia! Hahaha..

Okay, kalau nak tahu apa bahan-bahan untuk makan sihat kali ni, moh kita tengok sama-sama:

Ikan Salmon : Ms Hoola suka ikan salmon yang telah dipotong isi sahaja (Fillet)
Rempah Campuran Ikan : Okay, kepada sesiapa tak ada rempah campur ni, guna lada hitam sahaja pon cukup. Ms Hoola guna kan biji rempah dengan grinder supaya Ms Hoola tau original nya. Yang serbuk tu, boleh juga.
Pink Salt/Himalayan Salt : Garam biasa pon boleh. Tapi ingat ya, garam tak perlu banyak, hanya untuk menambah rasa sahaja. Kenapa? Sebab ikan salmon kita tu dah full of flavor, and tasty.
Dill Segar : Untuk resepi ni, nak guna daun herba yang lain pon boleh, mengikut citarasa sendiri.
Bawang Putih 2 ulas dihiris halus
Lada besar 1 dihiris
Lemon 2 hiris

Cara memasaknya:

Sadurkan atau sapukan semua bahan-bahan tadi kecuali bawang putih dan lada, pada ikan salmon dan biarkan 1 atau 2 minit.

Sementara itu, sediakan Non Stick Pan, sebab kita tidak menggunakan minyak dalam resepi ni.

Panaskan diatas api yang kecil, taburkan bawang putih dan lada tadi. Letakkan Ikan salmon di atas bawang putih dan lada. Biarkan selama 5 minit dengan api yang kecil kerana kita tak mahu ikan terlampau kering nanti.

Jangan lupa perahkan sedikit lemon dan letakkan hirisan lemon diatas ikan. Tutup kuali tadi dan biarkan ia berwap (steam). Selepas 5 minit terbalikkan ikan (kali ini kulit ikan dibawah) besarkan sedikit api sekiranya ada suka kulit yang rangup biarkan 5 minit dan tutup kembali.

Dan setelah itu siap dan boleh dihidang.
Mudah dan cepat kan?

Tempoh penyediaan : 4 ke 5 minit
Tempoh memasak : 10 minit

Seperti biasa, Ms Hoola suka kalau anda dapat share pengalaman anda dalam menyediakan resepi yang Ms Hoola kongsikan.

Selamat mencuba!

Comments