Good morning everyone….,
Haa nak tanyer ni, bagaimana dengan puasa
setakat ni? Baru 1 hari ye tak..
Okay, mesti banyak resepi yang telah
dikongsikan oleh rakan-rakan blogger kita. Hari ni, Ms Hoola nak kongsikan
masakan hari pertama berpuasa Ms Hoola.
Ade 2 resipi mudah disini. Maklumlah, busy lady
la katakan. So, masak pon simple sahaja.
Ms Hoola nak perkenalkan masakan pertama,
goreng taugeh kepala besar dan ayam masak halia kaw.
Bahan-bahan macam biasala. Tak susah mana pon.
Lolap mato pon jadik la orang kato. Hahaha
Jadi, untuk tak melengahkan masa, jom kita
tengok apa yang ada dalam dapor Ms Hoola.
Goreng Taugeh Kepala Besar
Bahan-bahan:
Minyak Jagung 3 sudu besar (jangan banyak
minyak sangat, sebab kita nak kekalkan kesihatan yang baik
Taugeh kepala besar (2 genggam)
Bawang putih 3 ulas
Bawang merah 3 ulas
Udang Kering 1 sudu kecil (ditumbuk bersama
bawang merah/putih) – kepada sesiapa yang alah kepada udang, boleh tukarkan
kepada ikan bilis.
Lada besar 1 (dihiris)
Daun bawang (ikut suka nak banyak mana)
Air Setengah cawan (kalau sesiapa yang nak
berkuah sedikit)
Garam (secukup rasa)
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, dan masukkan bawang
merah/putih dan udang kering yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan
garing sedikit.
Setelah itu, masukkan taugeh kepala besar.
Goreng senhingga garing sedikit. Dan masukkan air setengah cawan
Masukkan lada besar yang telah dihiris dan daun
bawang. Kacau sebati.
Masukkan garam.
Setelah 2 minit, boleh la diangkat dari kuali
dan hidang.
Tips: Udang kering membuatkan rasa hidangan
taugeh ni rasa lebih kaw. Jadi kepada sesiapa yang belom pernah cuba, saya
syorkan untuk mencuba.
Bahan-bahan:
Minyak Jagung 3 sudu besar
Halia 2 inch (bahagikan kepada 2, 1 ditumbuk
dan 1 ladi di hiris)
Bawang putih 5 ulas ((ditumbuk)
Ayam bahagian dada dihiris kiub
Air Setengah cawan
Lada besar 1 (dihiris)
Garam (secukup rasa)
Daun bawang (untuk hiasan)
Cara membuatnya:
Panaskan minyak, dan masukkan halia yang telah
dihiris bersama bawang putih yang telah ditumbuk. Tumis sehingga naik bau dan
garing sedikit.
Masukkan ayam dan air. Biarkan seketika dan
gaulkan sekali sekala sehingga ayam bertukar menjadi putih keseluruhan atau
kecut.
Masuukan kan hirisan halia dan lada besar.
Masukkan garam.
Gaulkan sebati dan boleh dihidangkan.
Tips: Ayam jangan dibiarkan terlalu kecut,
kerana juicy dan kekenyalan ayam akan hilang.
Jadi, kepada sesiapa yang telah mencuba, jangan
lupa sharekan pengalaman anda.
Selamat mencuba!!
Ms Hoola..
Comments
Post a Comment