Jadi, tercetus la idea nak masak singgang ikan kembong. Ini memang makanan tip top keluarga kami. Mudah, sedap, selera pon boleh naik.. ;)
Tapi, singgang yang saya nak masak ni tak sama dengan singgang orang Terengganu masak. Warnanya lain, dan mungkin rasanya pon agak berlainan sedikit. Kita punya ni, warna diraja, warna kuning :)
Okay, jom kita sediakan bahan bahan dia okay..
Ikan Kembong 1 atau 2 ekor (ikan tenggiri lagi sedap, ikan kelar pon boleh atau ikan kerisi)
Kunyit 1/2 inchi (serbuk kunyit pon boleh-1/4 tsp)
Bawang merah 3 ulas dihiris halus
Bawang putih 3 ulas dihiris halus
Asam keping/gelugor 1 keping
Lada besar 1 dibelah tengah atau;
Cili api 2 dibelah tengah.
Air masak mengikut sukatan anda (Ms Hoola suka sukatan yang sederhana saja sebab rasa dia lagi kaw)

Garam secukup rasa
Cara-caranya:
Masukkan semua bahan diatas kecuali ikan di dalam periuk sederhana.
Setelah menggelegak, masukkan ikan dan biarkan selama 5 minit.
Jenguk ikan tu kalau agak dah masak, terus angkat.
Dan boleh la dihidangkan.
Tips: Selera akan bertambah sekiranya dimakan bersama lauk berlada, ulam ulaman.
Makan dengan nasi kosong saja pon sodappppp!!
Selamat mencuba!!
Ms Hoola..

Comments
Post a Comment