Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
semua pembaca setia page Ms Hoola nii…
Ms Hoola tau, ade yang tertunggu tunggu resepi
Ms Hoola yang telah dimuat naik ke dalam Instagram (busylifekitchen)… Maafkan
la, kerana terlalu sibuk dengan study, kerja dan activiti di bulan puasa dan
juga persiapan raya..
Ahaaa, walau pon sibuk, masak tetap ada masa, kerana mudah kan… Gambar untuk dikongsikan bersama, tidak Ms Hoola lupa kan.Jadi sekarang, jadual, kembali seperti biasa. Ms Hoola, nak luangkan sedikit masa untuk “update” resipi Ms Hoola yang tertinggal tuu…
Hari ni, kita mulakan dengan resipi, “Sambal Tumis Telor dengan Petai”.
Bahan-bahan:
Telur ayam 5 biji yang telah direbus dan dikupas kulitnya
Bawang merah 5 ulas
Bawang putih 3 ulas
Kiub ikan bilis
Cili boh (Cili kering yang telah dikisar) 5 sudu besar – sekiranya nak kurang pedas, boleh la dikurang kan sedikit.
Asam jawa (lebih kurang 2 sudu besar) – rendamkan kedalam ½ cawan air dan gaulkan. (p/s boleh digantikan dengan asam keping 1 keping)
Garam secukup rasa
Petai (Kalau memang gila petai, haa letak la banyak sikit)
Bawang besar dihiris bulat besar untuk hiasa.
Cara membuatnya:
Kisar atau tumbuk bawang merah dan putih bersama kiub ikan bilis.
Panaskan minyak, dan tumis bahan tumbuk. Setelah garing sedikit, masukkan cili boh dan tumis sehingga naik minyak.
Masukkan air asam jawa yang telah ditapis dan biarkan sehingga menggelegak.
Masukkan bawang besar dipotong bulat tadi.
Akhir sekali masukkan petai dan telur ayam rebus bersama garam secukup rasa. Gaulkan.
Daaaannnn, siap!
Senangkan?? Sapa kata susah memasak nih.. senang aje.
Malam nanti untuk dinner, cuba resipi mudah dan ringkas ni..
Selamat mencuba!.

Comments
Post a Comment