Selamat petang semua…. Hari ni
rakan adik Ms Hoola akan datang ke rumah. Jadi memandang waktu petang, ahaaa
sedang elok la untuk kita raikan “Tea Time” kita. Fikir punya fikir, Ms Hoola
dapat satu idea untuk goreng kuih cucur sayur. Tapi kali ni lain sikit, kerana
kita akan saluti keju didalam kuih jemput nih.
Dimana Ms Hoola dapat idea ni??
Daripada cousin Ms Hoola laa…. Hubby dia masak jemput2 ni, kemain sedap! Jadi
Ms Hoola ambil resepinya dan demonstrate kan di dalam dapur busylifekitchen Ms
Hoola niii…
Kalau tak silap Ms Hoola, dalam
salah satu majalah masakan juga boleh dapati resepi ni.
Excited tak nak tahu resepi
nya??? Kalau nak tau, jom kita tengok ape bahan2 dan sukatannya untuk tatapan
bersama..
Seperti biasa, sekiranya anda nak
lihat video ringkas untuk car acara memasak resepi kuih jemput ni, boleh follow
IG busylifekitchen untuk lebih banyak idea masakan bagi tatapan anda.
200 gm keju Mozarella
2 Cawan tepung gandum
1 biji telur
Hirisan daun bawang (ikut suka berapa tangkai) – di hiris 1 inch panjang
2 Cili besar (Cili benggala pon boleh-1 biji) – di hiris kasar
2 atau 3 Bawang merah potong dadu atau ditumbuk kasar - boleh gantikan dengan 1 ulas bawang besar
Garam secukup rasa
1 cawan air panas
Minyak untuk menggoreng
Cara cara penyediaan:
Campurkan kesemua bahan 2 hingga
8 dan gaulkan rata.Bulat bulat kan keju mengikut besar yang anda suka. Letakkan bulatan keju tadi didalam adunan tepung tadi. Saluti keju dengan adunan tepung mengikut ketabalan yang anda suka.
Panaskan minyak. Masukkan satu persatu keju yang tersalut adunan tepung tadi dan gorengkan hingga sedikit kekuningan atau sehingga masak.
Angkat kuih jemput yang telah masak dan hidangkan untuk tetamu yang datang.
Enak dimakan bersama teh O panas. Pasti menambahkan selera tetamu dan anak-anak serta keluarga.
Kongsikan bersama Ms Hoola sekiranya telah mencuba hidangan yang ringkas ini.
Selamat mencuba!!
Ms Hoola.
Comments
Post a Comment