Sliced Red Velvet with Nutella Cream Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera to all "busylifekitchenbyhoola" reader...  Ms Hoola tau dah lama tak update uolls kan...  Hari ni, tengah2 berjemur, Ms Hoola decide untuk update blog food Ms Hoola nih....
Hari tu, kawan Ms Hoola ade order red velvet nutella ni, so, Ms Hoola nak share macam mana Ms Hoola buat... (Selepas beberapa experiment dibuat ahaha)...  Ms Hoola share yang terbaik untuk uolls semua....

Jom kita jenguk dapur Ms Hoola dengan bahan2 kek kita :
Adunan ni untuk dibahagi 2, sebabnya kita nk buat lapis dgn cream cheese ditgh..  Sape yg tak nak berlapis mcm ni boleh jadikan 1 acuan sahaja...

1/2 cawan (110g) unsalted butter (Ms Hoola guna buttercup)
1 1/2 (300g)  gula halus
2 sdk vanilla extract
2 biji telur saiz besar
4 sdb (20g) unsweetened cocoa powder
1 sdk garam halus
4 sdb red color paste (yang ni kan, ikut pekat color uolls tau, kalau rasa nak lebih atau kurang boleh adjust okay)
1 cawan buttermilk (tapi kalau Ms Hoola tak de buttermilk ni, adjust jadi milk jew hahaha)
2 cawan + 4 sdb (300g) tepung serbaguna
1 sdk baking soda
1 sdb cuka

Krim Cheese Frosting

150g unsalted butter (lembut)
240g cream cheese (Ms Hoola guna Philadelphia)
500-600g gula icing (adjust ikut consistency)
Susu segar
Vanilla extract

Sukata icing ni mungkin berlebihan untuk kek yang disediakan. bahagikan sukatan bahan diatas kepada dua sekiranya anda mahu kurang kan frosting untuk kek ini.



Cara membuatnya:

Kek

1. Panaskan oven 350F atau 180C selama 20 minit.
2. Sementara oven dipanaskan, keluarkan mangkuk kegemaran anda dan pukul butter dan gula sebati.
3. Tambahkan telur dan vanilla, pukul hingga kuning cair, ringan dan kembang.
4. Tambahkan cocoa powder dan garam, gaulkan sebati.
5. Masukkan pewarna merah dan gaul rata, setelah itu masukkan buttermilk. Jangan risau sekiranya buttermilk dan adunan nampak tidak sekata. Hanya teruskan gaul.
6. Masukkan tepung serbaguna yang telah ditapis. Tips: Tepung yang telah ditapis lebih ringan dan ini akan beri kesan yang ringan dan fluffy untuk kek kita.
7. Campurkan baking soda dan cuka, dan campurkan ia ke dalam adunan. Gaulkan sebati.

8. Masukkan adunan yang siap tadi ke dalam acuan 7' atau 8' yang telah di alaskan dengan kertas parchment dan butter.

9. Masukkan ke dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 35 ke 40 minit didalam kepanasan 150C atau sehingga masak.

10. Setelah masak, keluarkan dan biarkan sehingga sejuk. Dan barulah dihiaskan dengan frosting.

Frosting

1. Masukkan butter dan krim cheese ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hand mixer, pukul hingga kembang. 
2. Masukkan gula icing sedikit demi sedikit. sekiranya adunan sedikit keras, boleh adjust menggunakan susu segar sedikit mengikut consistency yang and mahu.
3. Masukkan sedikit vanilla extract.

Untuk hiasan nuttella, setelah kek dihiaskan dengan krim cheese frosting, Letakkan nutella dia atas krim cheese mengikut kemahuan anda.

Daaannn.... Tadaaaaa... Siap!!
Don't forget to visit IG and FB busylifekitchenbyhoola








Comments