Ikan Siakap 3 Rasa (Mudah dan ada Umph!!)

Selamat pagi dan salam sejahtera. Mesti ramai yang tanya mudah sangat ke nak masak Siakap 3 rasa ni. Yang sebetulnya, kalau anda semua tak ada ikan siakap pon tak pe. Guna sahaja ikan yang ada dalam peti ais tu sekarang. Waktu tengah "kawalan bergerak" ni pilihan yang kita ada hanya yang ada di dalam freezer tu je kan.

Nak makan sedap ni, bila2 pon boleh. Asal kita lebih fleksibal dan berfikiran terbuka. Okay, bab jenis ikan dah selesai. Kita kene lihat kalau bahan2 dia remeh ke tidak.

Sebelum, Ms Hoola nak sarankan pembaca at least dirumah tu bahan asas masakan patut ada didalam pantry anda kerana almost all type of cooking we need the same ingredient for base.

Contoh bahan asas:

1. Rempah 4 sekawan
2. Semua jenis sos/kicap mengikut kegunaan anda
3. Cili Boh
4. Bawang
5. Ikan bilis/ Udang kering (atau kiub pati)
6. Asam keping/ Asam jawa
7. Serbuk rempah

Apa yang Ms Hoola berikan diatas adalah mengikut bahan asas Ms Hoola. Sekiranya anda perlu tambahkan, yes please do!:)



Bahan2 untuk Siakap 3 Rasa:

- Ikan Siakap (Digoreng garing diluar dan lembut di dalam)
- Bawang merah 7 ulas & putih 5 ulas dihiris (ikut size ikan, lagi banyak lagi sedap)
- Serai gemuk sikit 3 tangkai dihiris halus
- Halia besar ibu jari ditumbuk halus separuh, dan separuh lagi dipotong panjang
- Cili api (kalau nak pedas sikit) dan lada besar (di potong dadu)
- Capsicum merah & hijau (di potong dadu)
- Tomato di potong dadu
- Nenas segenggam (jangan di beli nenas yang belom potong tu, beli yang dah siap potong)
- Salad untuk hiasan diatas pinggan
- Sos tomato, sos cili dan sos ikan


Cara membuatnya:

1. Goreng ikan hingga puas hati masaknya
2. Stelah selesai, tumis bahan seperti bawang, serai dan halia terlebih dahulu. 
3. Setelah garing sedikit, masukkan cili api dan lada besar.
4. Gaul rata dan masukkan tomato & capsicum.
5. Setelah layu sedikit, masukkan sos seperti dinyatakan
6. Gaul rata dan siap.

Hiasan dan hidangan:

1. Ambil pinggan bujur atau bulat. (asal muat ikan tu)
2. Aturkan kepingan salad diatas pinggan.
3. Letakkan ikan yang telah digoreng tadi.
4. Dan, curahkan perlahan bahan yang dimasak tadi diatas ikan siakap goreng.

Okay, dah siap.
Anda boleh lawati IG untuk video cara memasak Siakap 3 Rasa dan berbagai resepi lain lagi.

Sampai disini dulu.

XOXO
















Comments