Inti Kentang & Ayam Untuk Samosa atau Karipap (Memang Sedap Giler!!)

Hari ni dah hari yang ke-14 kita di dalam tempoh PKP (Perintah Kawalan Pergerakan). Harap semua seisi rumah dan semua tak kira dimana berada dalam keadaan yang sihat dan dijauhkan segala musibah. Bagi yang telah dijangkiti virus Covid 19 ni atau mempunyai apa sahaja masalah, saya doakan anda cepat sembuh dan dikeluarkan dari segala musibah. Amiinn..

Hari ni saya nak kongsikan bersama bagaimana caranya nak membuat inti samosa atau karipap. Apa yang bagusnya mengenai menu hari ini, kita boleh simpankan ia beku (frozen) selama seminggu atau lebih. Lagi2 dalam keadaan kita dirumah dan terkawal ni. 

Selalunya makanan yang saya kongsikan adalah makanan yang saya memang suka. Jadi resepi yang saya kongsikan ni bukan ala ala terjah je. Saya cuba dan tambah/kurangkan ape yang patut mengikut kegemaran saya dan saya pasti mengikut citarasa anda juga.

Okay, jom kita tengok bahan2 dia. Tak susah, mudah saja.

Bahan-bahan:

1. Bawang merah 7 ulas dan putih 5 ulas (ditumbuk - Ms Hoola tak suka halus sgt, tapi terpulang kepada anda)
2. Kentang 3 biji (dipotong dadu)
3. Serbuk kari 2 sdb
4. Cili boh 2 sdb
5. Kiub pati ayam
6. Ayam segar bahagian dada (dipotong dadu)
7. Air masak sedikit (agak2 tutup paras kentang)
8. Asam keping (bersaiz sederhana)
9. Garam secukup rasa

Cara-cara memasak:

- Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk.
- Setelah naik bau dan garing sedikit, masukkan kiub pati ayam dan ayam segar yang dipotong dadu.
- Ketepikan sedikit, masukkan cili boh dan masak hingga naik minyak.
- Gaulkan sekali dengan ayam tadi.
- Masukkan air masak dan serbuk kari.
- Biarkan seketika dalam 3-4 minit, masukkan kentang, asam keping dan biarkan sehingga empuk.
- Apabila nampak ia sedikit kering, masukkan garam.
- Gaulkan sekata hingga masakan menjadi pekat dan kering sedikit.

 Dan.... siap!!


Ms Hoola gunakan untuk samosa, jadi saya gunakan kulit popia. Adunan ni boleh dapat lebih kurang 30 atau lebih samosa yang bersaiz sederhana.



Anda boleh simpan beku dan masak apabila anda mahukan ia dihidang panas untuk minum pagi atau petang. Sedap tau. Cuba la!!

Kalau anda mahu lihat video cara memasak, lawati IG busylifekitchen.

Sampai disini sahaja.

Kita jumpa lagi di lembaran yang akan datang.


XOXOXO..





















Comments