5 Tips Untuk Masak Cepat dan Senang.. (Tak kelam kabut!)

Selamat pagi semua dan Assalamualaikum! Harap hari ini lebih bahagia di dalam rumah berbanding hari2 sebelumnya. Saya tahu ada yang bosan dan paling rasa bosan bila nak mula memasak. Sebab rasa macam terlalu lama di dapur. Periuk belanga nak dibasuh dan penyediaan bahan untuk memasak terlalu banyak dan menekankan. Lepas tu, mula la rasa nak marah je kan!

Biasanya, yang rasa begini mungkin memang tak ada minat memasak, atau tak suka dapurnya bersepah dan mahu kekal bersih. Tak salah kalau tak minat memasak atau tak suka bersepah, tapi kadang2 kita mahu juga merasakan makanan yang kita buat mengikut rasa kegemaran tekak kita sendiri. Tapi bagaimana? Haaa... jom kita tengok.

Jadi!! Bagaimana kita mahu memasak dengan cepat dan menyenangkan apabila di dapur?

1. Rancang resepi anda

Sekiranya anda sudah merancang untuk masak tengahari atau malam rancang resepi anda sekurang2nya 2 jam sebelum. Ini untuk memudahkan anda bersedia sekiranya ada bahan yang tidak ada didapur anda. Siap tengok resepi, apa bahan yang diperlukan. Jadi tidak lah kelam kabut di dapur nanti. Tengok lah YouTube ke, blog kegemaran anda ke atau google bahan yang anda tidak tahu.

2. Bawang siap sedia dikupas

Mungkin ada yang pelik. Tetapi ini adalah biasa kepada sesiapa yang memang kerap memasak. Bawang merah atau putih dan juga bawang besar, dikupas terlebih dahulu untuk simpanan 3 hingga 5 hari mengikut kekerapan anda memasak. Dengan cara ini, anda tidak perlu ambil masa yang lama di dapur untuk mengupas kulit bawang. Jimat masa dan makanan boleh cepat terhidang. Tinggal tunggu ngap je!!

3. Rempah tumis tersedia 

Rempah rempah kering seperti bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga, kayu manis, halba, biji sawi atau rempah campur, antara rempah asas yang patut ada dalam dapur anda. Serbuk kunyit, serbuk kari, kurma dan sup juga perlu ada. Kerana makanan kita orang asia ni memang kebanyakannya menggunakan rempah ini. Jadi tak de la masa nak masak tu baru la nak terhegeh hegeh pergi membeli, lepas tu habis pula (sold out). Terus tak jadi masak kan.

Sila lihat link untuk bekas rempah yang teratur untuk dapur anda:

High borosilicate glass sealed transparent round with lid bamboo storage tank
https://invol.co/clmhor


4. Dimana letaknya bahan resepi ketika memasak

Tempatkan bahan2 yang telah tersedia bersebelah kuali atau periuk ketika memasak. Tapi pastikan jaraknya selamat kerana kita tak mahu disambar api pula. Dengan cara ni, anda tidak perlu ke depan ke belakang atau keseluruhan dapur untuk mencari bahan masak. Pastikan semua telah tersedia ada disebelah dan tempoh memasak menjadi lancar dan cepat.

Kuali seakan kuali saya. Lihat link di bawah:

https://invol.co/clmhow 




5. Pinggan mangkuk & periuk belanga

Bab mencuci pinggan mangkuk dan periuk belanga ni memang parah sikit. Sebabnya dah letih memasakkan. Okay, di sini Ms Hoola nak berikan tips bagaimana supaya sinki kita tu tak penuh di penghujung apabila sesudah memasak. 
Ketika anda memasak, api jangan terlalu kuat/marak. Pastikan ia dalam tahap kepanasan yang sederhana. Ketika anda perlu tunggu masakan anda garing atau mendidih, anda boleh membasuh pinggan mangkuk yang digunakan untuk meletakkan bahan resepi tadi. Dengan itu sinki anda akan sentiasa kosong dan bersih.



Harap anda semua dapat manfaat dari perkongsian saya hari ini.

Jangan lupa lawati FB page & IG busylifekitchen dan say hi..

Sampai jumpa lagi!!


XOXOXO







Comments