Goreng Petola dan Soh Hoon (ala kampung)

Hari ni Ms Hoola nak kongsikan masakan sayur kampung. Mungkin tak ramai yang tahu atau makan sayur petola ni. Boleh cuba kalau nak cuba. Tapi Ms Hoola nak bagi tips sikit. Jangan pilih yang tua sebab isi dalaman nya sedikit keras dan berasa sedikit pahit. Lebih baik ambil yang muda, bersaiz sedang. Baru la ada umph nak makan.

Sayur petola ni ada sesetengah orang suka buang habis kulitnya. Bagi Ms Hoola sebaliknya. Saya akan buang bahagian yang keras dan tinggalkan sedikit kulit kehijau hijauan. 
Nampak sikit warna masakan kita tu. Jadi berseri la sikit, tak la pucat je.. Dia pon nak makeup juga.. hehe..


Okay, jangan lengah masa lagi. Moh kita tengok, senang tak nak masak dia ni.

Bahan2:

1. Sudah tentu la petolanya. (Macam Ms Hoola katakan tadi, gunakan yang muda sedikit dan bersaiz sedang)
2. Soh Hoon (Ikut la banyak mana suka. Rendamkan dulu ke dalam air panas)
3. Lada besar dihiris halus
4. Bawang merah 3 ulas dan bawang putih 3 ulas (ditumbuk halus)
5. Udang kering (ditumbuk kasar) - kalau malas tabur kan je nanti. Kalau tak suka udang kering boleh digantikan dengan ikan bilis atau kiub pati je.
6. Sedikit air - Ms Hoola suka dia berkuah sikit
7. Garam
8. Minyak masak


Cara membuatnya:

- Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan udang kering yang telang ditumbuk.
- Biarkan hingga naik bau dan garing sedikit. 
- Masukkan petola. Gaul rata.
- Air sedikit.
- Masukkan soh hoon yang telah direndam tadi, dan gaulkan rata.
- Lihat kalau air sedikit kering, tambahkan lagi sedikit.
- Taburkan hirisan lada.
- Masukkan garam secukup rasa


Sedia untuk dihidang!!

Tips: Anda boleh tambah telur kalau mahu lebih sedap, tapi air kene lebih sedikit. Bagi anda yang mungkin alah kepada udang kering, boleh la ditukar kepada ayam, ikan bilis, atau makanan basah yang lain untuk dijadikan perencah asas.

Selamat mencuba!

XOXOXO























Comments