Sambal Telur Hancur (Membuka Selera, mudah dan cepat!!)

Assalamualaikum dan good morning semua!! Datang lagi hari Isnin untuk minggu yang ke-4 kita stay at home. Untuk kita teruskan hari kita tanpa rasa bosan dan stress bekerja dirumah, mari kita tengok sejenak resepi apa yang Ms Hoola nak kenalkan hari ni...

Ya!! Resepi sambal telur hancur. Dah bosan buat sambal telur goreng, sambal telur rebus, haaa sekarang kita hancurkan telur tu pulak... Puas hati kan!! hahaha... Resepi ni saya rasa sesuai untuk makan sahur sekiranya berpuasa, atau belum beli barang dapur lagi dan yang tinggal hanya telur atau kepada yang hidupnya memang sibuk, jadi kalau nak cepat, haaa ini la menunya.

Bahan dan cara memasak amat mudah. Hanya perlu lebih kurang 15 minit untuk penyediaan hingga siap untuk dihidang.



Bahan2 nya adalah:

1. Telur 3 biji
2. Bawang merah 3 ulas (ditumbuk halus)
3. Bawang putih 3 ulas (ditumbuk halus)
4. Bawang besar 1 dipotong bulat untuk hiasan
5. Air asam jawa setengah cawan/ asam keping 1
6. Cili boh 1 sdb (Kalau nak pedas sikit, boleh letak lebih)
7. Sedikit gula
8. Garam 
9. Minyak masak


Cara-caranya :

- Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk (2,3) sehingga naik bau dan garing sedikit.
- Masukkan cili boh dan tumis hingga naik minyak.
- Masukkan air asam dan kacau hingga mendidih. Setelah itu masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Kacau hingga layu sedikit.
- Masukkan gula dan garam secukup rasa.
- Dan akhir sekali, pecahkan telur. Apabila anda pecahkan telur, biarkan dia masak suku masak, dan barulah anda hancurkan dengan gaulkan telur dan sambal yang masak tadi.
- Dengan cara ini telur tadi tidak lah terlampau hancur. Teksturnya lebih enak dimakan. Tapi sekiranya anda suka tekstur yang lebih hancur, ketika memecahkan telur tadi anda boleh terus menggaulnya dengan sambal yang telah masak tadi.


Tips: Apabila buat sambal, salah satu bahan penting adalah air asam atau asam keping. Sekiranya anda keliru, yang mana satu patut digunakan. Disini saya boleh bagi anda tips.
Sekiranya and mahu sambal anda lebih banyak kuah, disaran menggunakan air asam kerana ia menggunakan air. Sekiranya anda mahu lebih kering dan pekat, jadi anda boleh gunakan asam keping.


Sperti biasa, lawati FB page & IG busylifekitchen untuk video dan idea masak yang lebih banyak lagi. Please say hi!! ;)

Jangan lupa cuci tangan anda bersih2 dengan anti bakteria Lifebuoy. Memang berkesan membasmi kuman. Klik link dibawah untuk produk.

https://www.watsons.com.my/total-protect-handwash-200-ml/p/BP_16591


See you again!! XOXOXO...























Comments